Showing posts with label Tiada Kategori. Show all posts

Di sini ada satu cerita...

11:48 AM
Bila Najib diusir dari Seri Perdana

Mohamed Hanipa Maidin Wed May 27, 09 1:02:40 am MYT
Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi awal Januari 2010, Najib Tun Razak yang baru pulang ke kediaman rasminya di Putrajaya tiba-tiba dikejutkan dengan satu surat dari Duli Yang Mulia Yang di-Pertuan Agong bahawa beliau hendaklah mengosongkan rumah rasminya kerana baginda telah melantik orang lain sebagai Perdana Menteri menggantikan beliau.

Alasan baginda di dalam surat tersebut adalah ahli-ahli Dewan Rakyat khususnya dari Pakatan Rakyat dan beberapa ahli BN yang mula menyokong Pakatan Rakyat telah berjumpa baginda di Istana Negara dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi yakin dengan Najib dan mahu orang lain sama ada Tuan Guru Dato� Seri Abdul Hadi Awang atau Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Surat baginda juga menyatakan bahawa jika Najib tidak meletak jawatan, beliau hendaklah dipecat dari jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Najib merengus marah dan berang lantas memohon menghadap Tuanku. Sebaik diizinkan menghadap Najib berkata:
"Macam mana Tuanku dengan sewenang-wenangnya memecat patik sedangkan Parlimen tidak mengadakan apa-apa sidang atau membawa apa-apa usul atau undi tidak percaya kepada patik. Patik tidak nampak mana�mana peruntukan di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang member kuasa kepada Tuanku untuk memecat patik sebagai Perdana Menteri.

"Macam mana patik boleh dengan mudah dipecat dan sebagai ganti dilantik orang lain sebagai Perdana Menteri sedangkan tidak ada sebarang undi tidak percaya diluluskan di Parlimen ke atas patik."

Keluhan Najib didengar dengan tenang oleh Yang di-Pertuan Agong. Baginda dengan senyum berkata kepada Najib:
"Adakah memanda tua sudah lupa bahawa pada 22 Mei 2009 iaitu pada hari Jumaat jam 3.30 petang di tingkat bawah Palace of Justice, Putrajaya tiga Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Yang Arif ( Y.A ) Dato' Raus Sharif, Y.A Dato' Ahmad Maarop dan Y.A Dato' Zainon Ali telah sebulat suara memutuskan antara lain bahawa:

a. Seorang Menteri Besar (di peringkat negeri) atau Perdana Menteri (PM) di peringkat Pusat secara tersirat boleh dipecat atau diminta letak jawatan jika Sultan atau Yang di-Pertuan Agong memutuskan bahawa MB atau PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti Adun atau Ahli-Ahli Parlimen.

b. Perkara 16(6) Perlembagaan Perak atau Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa kaedah bagi menentukan bahawa seorang MB atau PM hilang keyakinan majoriti Adun atau ahli-ahli Parlimen adalah melalui undi tidak percaya (votes of no confidence).

c. Kes Stephen Kalong Ningkan (1966) iaitu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di Sarawak yang memutuskan bahawa Governor atau Sultan tidak ada kuasa memecat Ketua Menteri atau MB dan satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya tidak boleh lagi dipakai.

Yang di-Pertuan Agong seterusnya menambah:
"Bukankah keputusan Mahkamah Rayuan tersebut yang memanda tua inginkan bagi meraih keuntungan politik jangka pendek tuan hamba dan parti tuan hamba? Bukankah memanda tua yang berkeras tidak mahu mendengar keluhan rakyat dan pemimpin partai komponen memanda tua sendiri supaya krisis di Perak diselesaikan secara aman dan melalui amalan demokratik iaitu dengan kembali kepada rakyat melalui pilihan raya semula di Perak.

"Maaf memanda tua, Beta terikat dengan keputusan tersebut dan tidak boleh buat apa-apa. Maka Beta dengan ini memerintahkan memanda tua sekeluarga keluar dari rumah rasmi Perdana Menteri kerana memanda bukan lagi Perdana Menteri Malaysia."

Najib tersentak dan lemah segala sendi manakala Rosmah pula terkaku dan jatuh pengsan. Tiba-tiba mereka sedar keputusan Mahkamah Rayuan hari ini kini telah makan diri.
Jika keputusan yang paling wajar dan munasabah oleh Y.A Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Y.A Dato� Aziz Abdul Rahim yang memutuskan bahawa satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya sekaligus mengekalkan doktrin Raja Berperlembagaan (Constitutional Monarchy), keputusan Mahkamah Rayuan pula ditafsirkan oleh ramai cendekiawan undang-undang telah melahirkan doktrin baru iaitu Raja Mutlak (Absolute Monarchy).

Jika Raja Berperlembagaan melahirkan kesejahteraan sudah tentu doktrin Raja Mutlak akan melahirkan suasana yang tidak menyenangkan.

Sketsa di atas adalah bagi saya, cara terbaik untuk memahamkan para pembaca tentang kesan keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini.

Sebagai seorang anggota pasukan peguam Nizar, saya menghormati keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Tapi saya tidak pasti keputusan tersebut akan diterima dengan baik oleh rakyat khususnya rakyat di Perak.

Dalam keadaan keyakinan rakyat kepada institusi kehakiman masih belum pulih sepenuhnya sudah tentu keputusan Mahkamah Rayuan tersebut tidak dapat lari dari cemuhan rakyat. Inilah masalahnya apabila sesebuah institusi dalam sebuah negara sudah hilang keabsahan (legitimacy).

Di negara ini apabila BN memerintah terlalu lama dan keabsahan parti tersebut dipertikaikan, turut sama terpalit adalah institusi keadilan seperti Mahkamah, Peguam Negara dan polis. Apabila rakyat hilang keyakinan kepada sistem keadilan, maka sebarang keputusan Mahkamah apatah lagi keputusan seperti keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini sudah tentu tidak akan mudah diterima sebagai satu keputusan yang adil dan telus.

Sejak dari awal rakyat sudah nampak macam ada sesuatu yang tidak kena kepada cara kes rayuan Zambry dikendalikan. Zambry kalah di Mahkamah Tinggi pada 11 Mei 2009. Mahkamah Tinggi menolak permohonan Zambry bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman.

Pada 12 Mei 2009 di sebelah pagi, Zambry membuat permohonan bagi menggantung perlaksanaan penghakiman. Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh pendengaran permohonan Zambry pada pagi hari yang sama. Tarikh pendengaran yang diberikan dengan tergesa-gesa sudah tentu memprejudiskan Nizar dan pasukan peguamnya bagi membuat persiapan yang teliti dan mendalam.

Pada tengah hari 12 Mei itu juga Y.A Hakim Dato' Ramly membenarkan permohonan Zambry dan perintah diberikan tanpa sebarang syarat.

Nizar membuat permohonan bagi membatalkan perintah penggantungan yang diberikan kepada Zambry. Mulanya permohonan Nizar ditetapkan pada 18 Mei 2009 tetapi kemudiannya ditangguhkan pada 21 Mei 2009 iaitu pada hari yang sama rayuan Zambry didengar. Sudah tentu permohonan Nizar tidak lagi relevan untuk didengar atau seperti yang sering dikatakan ianya menjadi akademik.

Pada 21 Mei rayuan Zambry didengar dengan hujah lisan dan bertulis dikemukakan oleh pihak �pihak secara mendalam. Mahkamah hanya mengambil masa satu hari sahaja untuk diputuskan. Memang hebat apabila Mahkamah boleh buat keputusan dalam masa satu hari. Tetapi cuba kita bayangkan jika kita menghantar baju untuk dijahit dan tukang jahit siapkan baju kita dalam satu hari; saudara boleh bayangkanlah tahap kualiti baju tersebut.
Suatu yang amat mengharukan kami (pasukan peguam Nizar) adalah meskipun Nizar kalah namun sambutan rakyat kepada kami di Mahkamah Rayuan hari ini seolah-olah menunjukkan Nizar yang menang dan bukannya Zambry.

Untuk rakan pasukan peguam Nizar iaitu Sulaiman Abdullah, Philip Khoo, Ranjit Singh, Razlan Hadri, Nga Hock Cheh, Chan Kok Keong, Leong, Edmond Bon, Amir Arshad dan Zulkarnain Lokman; ingatlah keputusan hari ini tidak akan mematahkan semangat kita, sebaliknya ia memberi semangat baru kepada kita untuk terus berjuang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan.

Kita jumpa lagi di Mahkamah Persekutuan, insya Allah.- tajdid_

http://www.harakahdaily.net
Read On 0 comments

7 kesilapan lazim dalam pengurusan kewangan

12:32 AM
JIKA anda bercadang mengukuhkan kedudukan kewangan, anda mesti mengenal pasti terlebih dulu kesilapan pengurusan kewangan yang lazim dilakukan supaya anda dapat belajar daripadanya.

Gagal Merancang
Alasan yang selalu diberikan oleh mereka yang tidak merancang kewangan ialah "Saya sibuk dengan kerja dan keluarga hingga tidak sempat untuk menguruskan kewangan saya". Sebenarnya, walaupun anda hanya tergolong dalam golongan berpendapatan sederhana, tabiat `merancang kewangan' akan membolehkan anda menjadi seorang berjaya mengumpul kekayaan di kemudian hari kelak.

Berbelanja Melebihi Kemampuan
Dewasa ini, kita sering berbelanja melebihi kemampuan akibat desakan rakan dan juga iklan di sekeliling kita. Ramai yang sanggup menghabiskan wang semata-mata untuk mengikut arus peredaran masa dan tidak mahu dianggap ketinggalan zaman. Akibatnya, ramai yang hanya mempunyai baki yang amat sedikit dalam akaun bank di hujung bulan selepas ditolak bayaran pelbagai pinjaman, kad kredit, bil dan sebagainya.
Berbelanja Menggunakan Kad Kredit
Tabiat beli dulu dan bayar kemudian adalah perkara biasa dewasa ini. Hampir setiap orang mempunyai sekurang-kurangnya satu kad kredit. Malah, ramai yang memiliki lebih daripada satu kad. Dengan bayaran minimum setiap bulan, ramai yang akan berpotensi untuk terus berbelanja. Mereka tersalah anggap mengenai bayaran minimum terbabit, dan tidak menyedari bahawa lama kelamaan ia akan menjadi hutang yang menggunung di kemudian hari.

Jika tersilap langkah, tidak mustahil anda juga boleh menjadi muflis akibat tabiat sedemikian. Justeru, pastikan anda menggunakan kad kredit secara berhemat.

Lewat Menabung Untuk Hari Tua

Untuk memulakan persaraan, kita mesti memastikan yang kita mempunyai wang mencukupi bagi menampung gaya hidup yang diinginkan selepas bersara. Bagaimanapun, masih ramai terutama mereka yang sudah hampir bersara, masih bergelut untuk mencapai jumlah simpanan diperlukan. Sepatutnya, setiap kali gaji naik, simpanan kita turut naik. Sebaliknya, apa yang berlaku adalah setiap kali gaji naik, perbelanjaan pula yang bertambah.

Melabur dalam Produk yang Tidak Bersesuaian
Terdapat pelbagai produk pelaburan di pasaran. Untuk memastikan kita melabur dalam produk pelaburan yang menepati profil risiko dan ganjaran yang diinginkan, kita memerlukan ilmu pengetahuan mengenai selok-belok pelaburan. Justeru, pastikan anda meneliti ciri sesuatu produk pelaburan berkenaan dan mengkaji kumpulan pengurusannya sebelum melabur.

Tidak Menabung untuk Waktu Kecemasan

Sesetengah orang beranggapan yang membeli insurans adalah perbuatan membazir wang. Tetapi tahukah anda bahawa tanpa insurans, kedudukan kewangan kita akan tergugat terutama jika kita hilang pendapatan/pekerjaan. Tanpa insurans atau wang simpanan, seluruh keluarga akan merana dan ketika itu juga agak terlambat untuk memikirkan bagaimana ingin mencari sumber pendapatan yang lain dengan kadar segera.

Terlampau Memikirkan Pasal Wang
Dalam usaha memupuk tabiat merancang kewangan, janganlah pula terlampau taksub mengumpul kekayaan sehingga lupa akan perkara lain yang amat bermakna dalam hidup kita seperti keluarga, kesihatan, kepuasan berkarier serta rakan dan taulan.

Akhir sekali, kita perlu sentiasa mengingatkan diri mengenai kepentingan merancang kewangan. Jika kita tidak bersungguh-sungguh dalam membina kekayaan dan menguruskan kewangan, besar kemungkinan kekayaan tidak akan berpihak kepada kita.
Artikel ini disediakan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC). Sila layari laman web Pelabur Malaysia, www.min.com.my untuk mendapatkan tip pelaburan bijak.

http://www.rahsiaebiz.com
Read On 0 comments

Rasional Hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan.

11:00 PM
Hukum hudud adalah hukum Allah yang wajib umat Islam laksanakan. Adalah menjadi satu dosa besar ke atas pemerintah jika mengenepikan atau memperlekehkan hukum hudud ini...Malangnya pemimpin kita lebih taksub dengan amalan demokrasi dan undang-undang ciptaan barat yang telah menjana ke arah keruntuhan akhlak umat Islam.Walaupun barat mincipta undang-undang tapi mengapa berlaku banyak keruntuhan moral di kalangan generasi muda mereka? Di negara barat tetap ada mencuri, zina, samun, bunuh, rogol dan sebagainya. Adakah undang-undang ini dianggap telah berjaya?

Tapi tetap dicedok oleh kebanyakan negara termasuk Malaysia dan menganggap undang-undang ciptaan ini adalah yang terbaik. Walaupun telah menjana banyak kerosakan moral , kita tetap menerima undang-undang ini...Bodohkah Pimimpin kita? Kerosakan moral yang berlaku di barat berlaku juga di negara kita...Adakah UMNO memperjuangkan Islam Secara totally? Adakah layak mereka mengaku beriman sedangkan secara terang-terang mereka menolak dan memperlecehkan hukum hudud?

Adakah pemerintahan pemimpin kita berlandaskan ajaran Islam...senang ceritalah...orang yang menentang perlaksanaan hukum hudud ini sebenarnya takut..Takut apa??? Takut tidak boleh melakukan kejahatan lagi....Tak boleh nak rasuah-rasuah lagi, tak dak lagi penipuan, tak boleh nak rampas isteri orang lagi, tak ada wang haram masuk poket lagi, dan macam-macam lagi bentuk kejahatan.

UMNO sebenarnya meletakan Islam jauh kebelakang...
Read On 0 comments

Sejarah Solat 5 Waktu

11:53 PM
Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

http://www.darulnuman.com
Read On 0 comments

PAS kesal majikan larang pekerja bersolat

2:43 PM
Bashir Ishak Sat May 23, 09 8:41:50 am MYT
KANGAR, 23 Mei (Hrkh) - Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar (LPPB) PAS Pusat, Haji Mohd Anuar Tahir melahirkan rasa kecewa dan mengecam tindakan sebuah syarikat MLM yang menghalang pekerja Islamnya daripada mengerjakan ibadah solat semasa waktu bekerja.

Dalam sebuah memorandum yang dikeluarkan, pihak pengurusan syarikat MP E-Worldwide Sdn Bhd telah mengeluarkan arahan berbunyi, "NOT APPROVED - PRAYER FOR MUSLIM STAFF DURING OFFICE HOUR" (Tidak Diluluskan - Waktu Solat Bagi Pekerja Muslim Semasa Waktu Bekerja).
Alasan yang diberikan ialah kesukaran untuk memantau pekerja Muslim yang berhenti untuk solat waktu tengahari dan petang. Pihak pengurusan telah memansuhkan masa untuk solat semasa waktu dan tiada pekerja yang dibenarkan untuk berhenti solat kecuali yang dibenarkan pada hari Jumaat dari jam 1.00 hingga 2.00 petang.
Mengulas perkara ini, Anuar berkata, pihaknya memandang berat arahan syarikat tersebut yang tidak membenarkan pekerjanya menunaikan solat yang kewajiban seorang Islam.
Kata beliau, perkara ini adalah serius yang tidak sepatutnya berlaku di sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan juga bercanggah dengan prinsip perlembagaan yang memberikan kebebasan kepada rakyatnya untuk mengamalkan agama masing-masing.
"Kita tak mahu perkara ini dibiarkan dan menuntut pihak berwajib mengambil tindakan segera dengan memanggil syarikat ini dan memberi amaran keras supaya tidak menghina Islam.
"Bukan sahaja Islam sebagai agama rasmi persekutuan, malah tindakan ini juga telah mencabul hak rakyat untuk mengamalkan agama mereka seperti yang dibenarkan oleh perlembagaan," katanya.
Menurut beliau lagi, LPPB mendesak syarikat ini meminta maaf serta menarik balik arahan yang telah dikeluarkan itu.
"Sekiranya mereka tidak berbuat demikian kita harap pihak berkenaan mengambil langkah mendakwa syarikat tersbut mengikut undang-undang yang ada.
"Saya difahamkan bahawa syarikat ini adalah syarikat MLM dari Korea yang mempunyai cawangannya di sini. Perkara ini harus dipandang berat dan tak boleh dibiarkan kerana kita bimbang langkah sedemikian akan diikuti oleh syarikat lain pula.
"Kita tak mahu adanya majikan-majikan yang tidak menghormati kedudukan Islam di negara ini sebagai agama persekutuan dan sewenang-wenangnya mencabul dan merampas hak seorang Muslim utk menunaikan tanggungjawab hariannya.
"Kami sekali lagi mengecam dan menuntut pihak berwajib untuk mengambil tindakan segera ke atas isu ini dan ingin memberi amaran keras kepada syarikat atau mana-mana organisasi supaya tidak menunjukkan sikap biadap sebegini apatah lagi ke atas sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi dan turut memberikan hak untuk rakyat bebas mengamalkan agama masing-masing," tegasnya. - mks. _

http://www.harakahdaily.net
Read On 0 comments

Jom sertai LANDAS

1:21 AM
Atriza Umar 
Mon | May 18, 09 | 3:26:37 pm MYT 

Alhamdulillah, hari Sabtu lalu (16 Mei 2009) ana berkesempatan mengikuti program Dakwah LANDAS-JAWI. Program bulanan yang dianjurkan oleh Unit Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah menjadi medan utama untuk sesiapa yang berminat turun ke lapangan dan bersedia menggerakkan Amar Maaruf Nahi Mungkar
 
   
   


Sedari awal mengikuti program ini beberapa bulan yang lalu, banyak menyedarkan diri betapa kewajipan Amar Maaruf Nahi Mungkar itu adalah tanggungjawab bersama dan semua. 

Selain itu, dengan mengikuti aktiviti LANDAS memberi peluang kepada diri mendekati remajamahupun belia bermasalah dan secara tidak langsung dapat membantu apa yang sepatutnya, dari segi kata nasihat juga peringatan. 

Program yang dijalankan ini bermula dengan pendedahan awal mengenai aktivitiyang dijalankan oleh aktivis dan penggerak LANDAS yang disampaikan oleh Ustaz Kamaruddin Kassim dan Ustaz Anuar. 

Kawasan sasaran dalam program bulan Mei ini ialah di tempat yang menjadi tumpuan pasangan anak muda mudi bercinta. Kawasan sasaran adalah di sekitar kawasan Taman Tasik Titiwangsa. 

Dengan mendekati pasangan-pasangan yang duduk berduaan menghadap Tasik Titiwangsa dalam keadaan udara segar selepas hujan, maka kami yang telah dibahagikan dengan beberapa kumpulan memulakan pendekatan dakwah dengan memberi salam dan mengajukan soalan-soalan awal yang mesra bertanya khabar dan pasangan mereka. 

"Ni isteri awak ke?" soalan ini juga adalah soalan-soalan awal yang dikemukakan untuk mengelakkan kemesraan pasangan tersebut diganggu gugat. Dan rentetan sepanjang ana bersama sahabat-sahabat aktivis LANDAS melakukan operasi dekati pasangan ini, tidak pernahlah yang menjawab, "Ya ini isteri saya." Melainkan banyak dalih yang diterima contohnya seperti; "Dia tunang saya", "Dia kawan saya je", "Kami akan berkahwin hujung tahun ni." Dan bermacam-macam lagilah yang terkeluar daripada mulut pasangan tersebut untuk menutup kesalahan mereka. 

Operasi petang dijalankan oleh peserta-peserta bersama urusetia LANDAS. Dan di sebelah malamnya setelah usia sesi taklimat, para aktivis lapangan dibahagikan kepada empat kumpulan untuk turun ke lapangan dengan mengedar risalah juga mendekati mereka yang bermasalah. Operasi malam ini turut dibantu oleh Bahagian Operasi Institusi Berwajib. 

Selain itu, Ustaz Anuar yang selaku Pengerusi bertindak LANDAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah merangka pelan tindakan perlaksanaan turun dakwah ke lapangan di setiap bulan yang bermula awal tahun ini. 

Pelbagai situasi telah ana bersama aktivis-aktivis LANDAS yang lain alami. Mendekati remaja yang sangat sosial seperti pasangan bercinta, minum arak, hidu gam, ganja hinggalah yang telah melanjurkan diri ke perbuatan yang keji iaitu berzina dan mengandungkan anak luar nikah. 

Dan baru-baru ini para aktivis LANDAS telah menziarahi 'satu lorong gelap' (untuk tujuan mendekati dan dakwah) di Kuala Lumpur yang dikenali dengan nama Lorong Haji Taib. Ingin ana berkongsi asal usul wujudnya nama itu. 

Lorong Haji Taib adalah diambil dari nama asal seorang yang bernama Haji Mohamed Taib bin Haji Abdul Samad yang berasal dari Batu Sangkar, Bukittinggi Sumatera Barat (1858-1925). 

Sudah berpuluh-puluh tahun kawasan Lorong Haji Taib dan kawasan sekitarnya menjadi buah mulut orang kerana terdapat ramai pelacur luar dan dalam negara yang berkediaman di sini. Selain itu banyak penagih dadah dan bapuk melakukan aksi-aksi mereka di kawasan ini. 

Setelah sekian lama wujudnya 'lorong gelap' itu, namun pihak berkuasa dan berwajib masih tidak dapat membenteras perlakuan-perlakuan manusia-manusia yang terjerumus atau menjerumuskan diri ke kancah yang tidak diredai itu. 

Maka pendekatan awal yang pihak urusetia dan para aktivis LANDAS bersama membuat pemetaan kawasan tersebut dengan mendekati sendirii para penghuni kawasan tersebut, apakah cara terbaik untuk menyelesaikannya. 

Pihak LANDAS telah berbincang dengan pihak pengurusan Pusat Rumah Sinar Salam yang berpejabat operasinya di Lorong Haji Taib dan telah mendapat persetujuan secara lisan untuk bekerjasama untuk menempatkan petugas-petugas aktivis LANDAS bagi menyampaikan dakwah lapangan. 

"Sudah masanya para pendakwah bersama kami turun bekerja untuk mentarbiyahkan mereka yang tersasar terlibat dalam perbuatan maksiat secara berhikmah. "Insya-Allah dalam masa terdekat ini pihak LANDAS Kuala Lumpur akan memulakan kerja-kerja dakwah di kawasan tersebut dengan melatih kemahiran dakwah lapangan. "Mereka akan ditempatkan ke kawasan tersebut dengan kerjasama pihak pengurusan Rumah Sinar Salam," begitulah ujar Ustaz Kamaruddin Kassim selaku Koordinator Urusetia Menangani Gejala Sosial. 

Alhamdulillah setiap Operasi Latihan Dakwah Lapangan yang dijalankan usai kira-kira jam 12 tengah malam. Terima kasih ana ucapkan bagi pihak LANDAS kepada peserta-peserta yang setia mengikuti sehingga tamat program ini. Moga apa yang dipelajari hari dapat dipergunakan untuk manfaat bersama insya-Allah. 

Justeru kepada sekalian pembaca yang ingin menyertai LANDAS bolehlah e-melkan terus kepada penulis - Catatan perjalanan diri http://atriza.blogspot.com 

Sebarang cadangan atau usulan atau ingin menyertai LANDAS bolehlah e-melkan kepada penulis atriza_umar@yahoo.com - lanh _
 -harakahdaily-
Read On 0 comments

Tokoh

1:12 AM




Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Tarikh Lahir: 1931

Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.



Pengajian :

Pondok Tuanguru Hj Abbas, Besut

Universiti Deoband India

Universiti Lahore Pakistan

Universiti Al Azhar

Sarjana Muda bahasa Arab

Sarjana Perundangan Islam
Read On 0 comments

Terapkan kepentingan huruf jawi - MB

12:22 AM
Harakahdaily
Thu | May 14, 09 | 12:52:00 pm MYT
KUALA SELANGOR, 14 Mei (Hrkh) - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kepentingan huruf jawi perlu diterapkan kembali dalam masyarakat supaya ia tidak hilang begitu sahaja.

Berucap di Majlis Penutup Program Bulan Pengimarahan Masjid dan Perlancaran Bulan Pendidikan Negeri Selangor dekat sini, baru-baru ini, beliau berkata kerajaan negeri akan memperkasakan kepentingan huruf jawi dengan mengadakan lebih banyak kelas-kelas jawi dan Sekolah Bimbingan Jawi dan al-Quran bagi memastikan generasi muda tidak meninggalkan warisan Islam ini.

Hadir sama dalam majlis ini ialah Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad; Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Dato' Mohamed Khusrin Munawi dan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Misri Idris.

Sementara itu, Lembaga Zakat Negeri Selangor (LZS) mengagihkan sejumlah RM1.1 juta untuk 41 orang fakir miskin dan kurang upaya yang disampaikan oleh Menteri Besar.

Agihan tersebut meliputi kos pembinaan rumah berjumlah RM980,000 kepada 34 asnaf fakir miskin, manakala RM64,600 kepada lima orang asnaf bagi tujuan membaik pulih rumah.

Menteri Besar turut menyerahkan sumbangan berjumlah RM50,000 bagi pembinaan Surau Sekolah Menengah Dato' Harun dan RM25,000 kepada Sekolah Rendah Agama Nurul Huda. - mks. _
Read On 0 comments
Create your own banner at mybannermaker.com! Copy this code to your website to display this banner!

Affiliate Programs
Business Affiliate ProgramsSalePersonalsAdvertisingShopping


Help end world hunger


Free money

Klik sini

Apakah yang membuatkan anda berasa tertekan?

Spreadfirefox Affiliate Button CLICK HERE TO CREATE YOUR BANNER Buat banner percuma

Image BE WARE PENGUNDI HANTU Awasi pengundi hantu


Blog Archive

Labels

Blogumulus by Roy Tanck and Amanda Fazani

FEEDJIT Live Traffic Feed

How many?

online education degree programs
Counter powered by online degree programs website.