Showing posts with label IKS. Show all posts
Khasiat Madu Lebah
12:36 AM
Masuk ke blog http://madulebah.fotopages.com/ saya terpegun dengan sekeping gambar yang dipaparkan dalam entrinya mengenai sarang lebah yang terukir kalimah Allah. Saya kagum bagaimana sang lebah yang hanya seekor binatang yang tidak berakal berupaya mengukir kalimah Allah. Tentunya mereka makhluk yang taat setia kepada penciptanya.Sedangkan manusia yang telah diberikan akal fikiran yang waras,masih teraba-raba mencari kebenaran dan ramai yang sesat jalan.Walaupun mengaku sebagai Muslim, tetapi gagal meletakkan Allah dan agama Islam di dalam hatinya. Berdoalah semoga kita semua diberikan taufik dan hidayah dari Allah untuk sentiasa berada di jalanNya yang lurus. Amin.
Berbalik kepada cerita madu lebah ,ternyata madu lebah adalah makanan tambahan yang tinggi mutu dan khasiatnya. Ini dinyatakan dalam Al-Quran Surah An-Nahl ayat 68-69.Firman Allah :-"Dari perut lebah itu keluar minuman(madu), di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia".
Madu lebah mengandungi bahan seperti Sukros, Glukos,Fruktos,Natrium, Kalsium, Potassium dan Manganase. Ia mengandungi pelbagai zat dan vitamin yang mengekalkan kesihatan manusia dan mencegah pelbagai penyakit seperti keracunan,penyakit usus dan sebagainya. Pendekata, madu lebah banyak sekali khasiatnya jika diamalkan oleh keluarga kita. Kita boleh menambahkan madu lebah dalam masakan , kuih-muih dan kek yang kita buat mengikut kesesuaiannya. Tetapi terdapat bermacam jenis madu lebah di pasaran. Ada yang tulen dan ada yang campuran. Pandai-pandailah kita memilihnya. Jika anda mahu membeli produk madu asli dari Iran, anda boleh membeli jenama Kausar yang diedarkan oleh Ariyan Global Sdn.Bhd.Tel:03-89413090/012-2606273 atau layari http://www.thekausar.com/
http://resipinoraini.blogspot.com

Generasi muda warisi buat kuih tradisional
11:42 PM
KUCHING 15 Jan. - Kuih tradisional di negeri ini boleh dikaitkan dengan identiti sesebuah kaum di Sarawak disebabkan ia diwarisi secara turun temurun.
Bagaimanapun, timbul persoalan sama ada kuih tradisional ini seperti penyaram, kuih lenggang dan rangin mampu bertahan ataupun bersaing dengan produk-produk makanan segera yang muncul seperti cendawan selepas hujan.
Jika generasi muda sekarang tidak mengambil berat mengenai kuih tradisional ini, siapakah lagi yang diharapkan untuk meneruskan pembuatan kuih seumpama itu 10 atau 20 tahun lagi?
Berminatkah generasi muda ketika ini untuk mempelajari cara-cara untuk menghasilkan kuih tradisional ini berbanding lebih selesa memilih produk makanan lain seperti kek keju, coklat atau pizza yang mempunyai rasa lebih moden.
Tinjauan Utusan Malaysia di bandar Serian baru-baru ini mendapati generasi muda masih bersemangat untuk mewarisi ilmu membuat kuih tradisional ini sama ada daripada ibu atau keluarga sendiri atau pakar dalam pembuatan kuih tradisional ini.
Masalena Mari Aendani Nordin, 16, berkata, dia sememangnya berminat untuk mempelajari penghasilan kuih tradisional ini malah sanggup menghabiskan masa lapang di hujung minggu untuk membantu keluarga menjual kuih itu di pasar terbuka Serian.
Menurut Masalena, beliau berasa puas hati dapat menghasilkan kuih tradisional dan bertambah semangat apabila kuih yang dihasilkan dapat dijual.
''Bagaimanapun, membuat kuih tradisional bukan mudah seperti apa yang dilihat kerana prosesnya mengambil masa dan rumit daripada tepung gandum sehingga menjadi kuih.
''Pembuatan kuih tradisional memerlukan teknik, kesabaran, sukatan, peralatan yang betul untuk menyediakan kuih tradisional yang baik seperti contoh kuih penyaram, saya menggunakan kuali kecil khas yang diwarisi keluarga secara turun temurun," katanya.
Norafiqah Musa, 17, pula memberitahu, beliau mula berjinak-jinak mempelajari pembuatan kuih tradisional ini memandangkan dia paling suka makan kuih seumpama itu kerana keenakannya.
Katanya, bukan satu kerugian jika mempunyai pengetahuan dalam membuat kuih tradisional itu kerana kuih tersebut boleh dikembangkan untuk dikomersialkan yang secara tidak langsung memberi satu kerjaya kepada pembuat kuih ini.
Norafiqah berkata, dia begitu bersemangat untuk mempelajari teknik pembuatan kuih tradisional malah sanggup bertahan meskipun terpaksa mengambil masa lama mendapatkan ilmu membuat kuih berkenaan.
''Perniagaan kuih tradisional ini boleh dikembangkan malah tidak mustahil kuih ini mampu bertahan sampai bila-bila serta menjadi pilihan orang ramai pada masa akan datang.
''Jika berpeluang, saya memang berharap suatu hari nanti mampu membina kilang untuk memproses dan menghasilkan kuih tradisional ini meskipun ketika ini ia seperti angan-angan sahaja," katanya yang berasal dari Kampung Sorak Melayu di sini.
Aina Shafina Jinaidi, 17, menyifatkan kuih tradisional itu dapat mengekalkan identiti serta budaya masyarakat Melayu dan beliau sendiri begitu berminat untuk menceburi bidang itu.
Katanya, memang tidak dinafikan terdapat kesukaran dalam mempelajari serta memahami teknik pembuatan kuih tradisional itu, namun ia tidak pernah melunturkan semangatnya untuk terus mempelajari mengenai kuih terbabit.
''Setiap kali musim cuti sekolah saya akan mengambil peluang untuk menolong menghasilkan kuih tradisional ini dan pada masa yang sama saya boleh mempelajarinya.
''Saya harap kuih tradisional ini terus dapat dipertahankan sampai bila-bila agar ia tidak hilang ditelan zaman," katanya.
http://www.utusan.com.my/

Seni Batik
11:26 PM
Batik dalam sejarah
Sejarah batik yang tepat tidak dapat dipastikan tetapi artifak batik berusia lebih 2000 tahun pernah ditemui. [ Sila lawati www.story-of batik.com]. Dari manapun asalnya, hasil seni ini telah menjadi warisan peradaban dunia.
Pemakaian batik dalam busana tradisi mempunyai sejarah yang lama berlangsung dari zaman awal tamadun Melayu. Dipakai oleh semua golongan, dari raja ke bangsawan sampai ke rakyat jelata, batik menzahirkan dirinya sebagai seni asli yang praktikal dan popular. Dalam tradisi penulisan tradisi, kain cindai misalnya disebut dalam banyak hikayat-hikayat silam. Batik menjadi hadiah perpisahan dan perlambangan cinta dalam Hikayat Malim Deman dan persalinan dijadikan tanda penganugerahan darjat dalam Hikayat Hang Tuah. Dalam seni wayang yang lebih terkemudian; dalam filem Sumpah Orang Minyak (P. Ramli 1968) batik dijadikan lambang pernyataan cinta yang terlarang. Dan siapa yang boleh melupakan Ramona berkemban dengan batik lepas bermandi bunga dalam Fenomena (M.Nasir 1996).
Perkembangan dalam seni batik
Corak batik melalui evolusi dari corak terap yang asal dengan asimilasi pengaruh seni batik Indonesia dan luar. Batik tulis berdasarkan kaedah canting dipengaruhi oleh Indonesia dan bersama-sama dengan kemunculan pewarna baru yang susuai untuk sutera membawa kepada ledakan seni batik tulis di pertengahan 90an. Batik Terengganu khususnya batik terap mempunyai kedudukan yang unik walaupun dikatakan dipengaruhi oleh seni batik Jawa. Namun begitu, seingat saya, batik Terengganu dan batik Jawa berbeza; malah sehingga kinipun pengeluar batik tradisional masih mempertahankan teknik dan corak Terengganu walaupun ada beberapa pengeluar atas alasan kos menggunakan blok yang dibawa dari Indonesia.
Cabaran dalam industri
Perkembangan batik bergantung kepada beberapa faktor dari reka bentuk, bahan, artisan hinggalah kepada trend citarasa semasa. Ledakan 90an telah surut mendadak akibat lebihan bekalan dan ketiadaan kawalan mutu. Peniru melambak di pasaran. Pergantungan industri kepada tekstil dan pewarna yang diimpot juga menjadikan industri ini kurang daya tahannya. Tanpa perlindungan kerajaan, kos bahan mentah yang tinggi, saingan yang melampau dan perubahan citarasa kepada tekstil impot menjuruskan industri ini ke senja.
Masa depan batik
Ketahanannya merentas masa adalah faktor yang akan meneruskan sejarah batik. Seninya akan hidup melewati usia industri dan peredaran dunia fesyen akan membawa batik popular kembali. Demikian, keperluan kepada idea dan kaedah baru amatlah dirasai.
http://www.puncacipta.com