Aminah ketawa ditawarkan jawatan

Mohd Sabri Said Tue May 26, 09 2:20:17 pm MYT
PENANTI, 26 Mei (Hrkh) - Calon Bebas Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti, Puan Aminah Abdullah 56 menyifatkan dua tawaran sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) atau Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tidak logik dan kebudak-budakan.

Menurutnya, beliau sedar siapa dirinya yang tidak layak untuk menjawat jawatan berkenaan kerana jawatan tersebut memerlukan orang yang berwibawa dan berkelulusan.
"Kak Min tergelak sendirian bila mengenang kembali cadangan dua orang wakil iaitu Pembantu Khas kepada seorang Exco dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan yang datang berbincang dengan Kak Min suruh tarik diri. Jika tak tarik diri bila Kak Min menang masuk Parti KeADILan dan diberikan jawatan TKM 1 atau jika tarik diri pun dipelawa menyertai KeADILan untuk jawatan YDP MPPP atau MPSP," ujarnya ketika ditanya tengah hari tadi.
Kemasukanya bertanding di Penanti bukan bermatlamatkan apa-apa jawatan jika menang sebaliknya mahukan keadilan dan kebenaran ditegakan kembali kerana dua perkataan itu seolah telah hilang daripada parti yang dipimpin oleh Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Jika menang Puan Aminah mahukan, KeADILan berlapang dada dan menerima hakikat bahawa parti itu kena berjuang mengikut landasan di era reformasi bukan di era memperolehi kemenangan yang dilihat lebih menjurus kepada kepentingan diri oleh individu tertentu.
"Tidak terlintas langsung apa-apa jawatan dalam perbincangan tersebut kerana ia tidak sepadan dengan diri saya cuma apa yang saya tetap nak bertanding disebabkan mahu menimbulkan kesedaran di kalangan individu parti KeADILan agar jangan terlalu memperkecilkan wibawa atau memandang rendah tahap pencapaian orang lain," tegasnya.
Kata beliau, isu ini tidak timbul sekiranya beliau tidak didesak oleh individu dalam KeADILan dengan kata-kata fitnah dan melampau.

Bukan sahaja menyebarkan risalah bahkan beliau terpaksa membelanjakan kewangan menyalin rakaman suara perbincangan itu dengan harapan menyedarkan individu berkenaan.
Menurutnya, sejak isu ini menjadi bualan hangat beliau dipanggil oleh Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam dan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) hari ini.
"Saya telah serahkan CD itu pada pegawai SPRM dan SPR untuk didengar dan sekarang terpulang pada mereka untuk mengambil sebarang tindakan selanjutnya," ujar beliau. - mns-

//kalamku: nak bekempen pun tak kan nak guna taktik kotor cik kak oii....dah terdesak la tu...
0 comments:

Post a Comment

Create your own banner at mybannermaker.com! Copy this code to your website to display this banner!

Affiliate Programs
Business Affiliate ProgramsSalePersonalsAdvertisingShopping


Help end world hunger


Free money

Klik sini

Apakah yang membuatkan anda berasa tertekan?

Spreadfirefox Affiliate Button CLICK HERE TO CREATE YOUR BANNER Buat banner percuma

Image BE WARE PENGUNDI HANTU Awasi pengundi hantu


Blog Archive

Labels

Blogumulus by Roy Tanck and Amanda Fazani

FEEDJIT Live Traffic Feed

How many?

online education degree programs
Counter powered by online degree programs website.