Generasi muda warisi buat kuih tradisional

Labels:
KUCHING 15 Jan. - Kuih tradisional di negeri ini boleh dikaitkan dengan identiti sesebuah kaum di Sarawak disebabkan ia diwarisi secara turun temurun.

Bagaimanapun, timbul persoalan sama ada kuih tradisional ini seperti penyaram, kuih lenggang dan rangin mampu bertahan ataupun bersaing dengan produk-produk makanan segera yang muncul seperti cendawan selepas hujan.

Jika generasi muda sekarang tidak mengambil berat mengenai kuih tradisional ini, siapakah lagi yang diharapkan untuk meneruskan pembuatan kuih seumpama itu 10 atau 20 tahun lagi?
Berminatkah generasi muda ketika ini untuk mempelajari cara-cara untuk menghasilkan kuih tradisional ini berbanding lebih selesa memilih produk makanan lain seperti kek keju, coklat atau pizza yang mempunyai rasa lebih moden.

Tinjauan Utusan Malaysia di bandar Serian baru-baru ini mendapati generasi muda masih bersemangat untuk mewarisi ilmu membuat kuih tradisional ini sama ada daripada ibu atau keluarga sendiri atau pakar dalam pembuatan kuih tradisional ini.

Masalena Mari Aendani Nordin, 16, berkata, dia sememangnya berminat untuk mempelajari penghasilan kuih tradisional ini malah sanggup menghabiskan masa lapang di hujung minggu untuk membantu keluarga menjual kuih itu di pasar terbuka Serian.

Menurut Masalena, beliau berasa puas hati dapat menghasilkan kuih tradisional dan bertambah semangat apabila kuih yang dihasilkan dapat dijual.

''Bagaimanapun, membuat kuih tradisional bukan mudah seperti apa yang dilihat kerana prosesnya mengambil masa dan rumit daripada tepung gandum sehingga menjadi kuih.

''Pembuatan kuih tradisional memerlukan teknik, kesabaran, sukatan, peralatan yang betul untuk menyediakan kuih tradisional yang baik seperti contoh kuih penyaram, saya menggunakan kuali kecil khas yang diwarisi keluarga secara turun temurun," katanya.

Norafiqah Musa, 17, pula memberitahu, beliau mula berjinak-jinak mempelajari pembuatan kuih tradisional ini memandangkan dia paling suka makan kuih seumpama itu kerana keenakannya.

Katanya, bukan satu kerugian jika mempunyai pengetahuan dalam membuat kuih tradisional itu kerana kuih tersebut boleh dikembangkan untuk dikomersialkan yang secara tidak langsung memberi satu kerjaya kepada pembuat kuih ini.

Norafiqah berkata, dia begitu bersemangat untuk mempelajari teknik pembuatan kuih tradisional malah sanggup bertahan meskipun terpaksa mengambil masa lama mendapatkan ilmu membuat kuih berkenaan.

''Perniagaan kuih tradisional ini boleh dikembangkan malah tidak mustahil kuih ini mampu bertahan sampai bila-bila serta menjadi pilihan orang ramai pada masa akan datang.

''Jika berpeluang, saya memang berharap suatu hari nanti mampu membina kilang untuk memproses dan menghasilkan kuih tradisional ini meskipun ketika ini ia seperti angan-angan sahaja," katanya yang berasal dari Kampung Sorak Melayu di sini.

Aina Shafina Jinaidi, 17, menyifatkan kuih tradisional itu dapat mengekalkan identiti serta budaya masyarakat Melayu dan beliau sendiri begitu berminat untuk menceburi bidang itu.
Katanya, memang tidak dinafikan terdapat kesukaran dalam mempelajari serta memahami teknik pembuatan kuih tradisional itu, namun ia tidak pernah melunturkan semangatnya untuk terus mempelajari mengenai kuih terbabit.

''Setiap kali musim cuti sekolah saya akan mengambil peluang untuk menolong menghasilkan kuih tradisional ini dan pada masa yang sama saya boleh mempelajarinya.

''Saya harap kuih tradisional ini terus dapat dipertahankan sampai bila-bila agar ia tidak hilang ditelan zaman," katanya.

http://www.utusan.com.my/
0 comments:

Post a Comment

Create your own banner at mybannermaker.com! Copy this code to your website to display this banner!

Affiliate Programs
Business Affiliate ProgramsSalePersonalsAdvertisingShopping


Help end world hunger


Free money

Klik sini

Apakah yang membuatkan anda berasa tertekan?

Spreadfirefox Affiliate Button CLICK HERE TO CREATE YOUR BANNER Buat banner percuma

Image BE WARE PENGUNDI HANTU Awasi pengundi hantu


Blog Archive

Labels

Blogumulus by Roy Tanck and Amanda Fazani

FEEDJIT Live Traffic Feed

How many?

online education degree programs
Counter powered by online degree programs website.