Kontroversi: Kerjasama Interpol Untuk Menjejaki Suspek, Kenapa Berbeza Antara Penulis Blog Raja Petra Kamaruddin Dengan Saudara Hilmi Malek !!

http://pahangdaily.blogspot.com

Sesuatu yang agak aneh dan mengelirukan sebenarnya berikutan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa pihak polis akan meminta bantua Interpol untuk menjejaki Penulis Blog Raja Petra Kamaruddin yang kini khabarnya melarikan diri ke luar negara. Pengendali Blog Malaysia Today itu dipercayai terpaksa lari setelah mendapat ancaman daripada pihak tertentu berhubung dengan kes dan bukti-bukti kukuh yang beliau ada mengenai kes-kes berprofail tinggi yang melibatkan pimpinan tertinggi negara. Waran tangkap akan dikeluarkan oleh mahkamah setelah beliau dipercayai gagal untuk hadir dalam satu perbicaraan kes memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan dua yang lain. Ramai pemerhati politik yang terkejut dengan tindakan Raja Petra menghilangkan diri, kerana beliau diakui antara "Blogger Panas" yang berani berhadapan dengan segala kenyataan dan kemungkinan yang akan berlaku. Apakah Raja Petra Kamaruddin kini terpaksa lari kerana sudah tidak yakin lagi dengan perbicaraan mahkamah yang akan beliau lalui itu agaknya?.

Tambahan pula, hujah ini diperkuatkan lagi tatkala melihat keputusan kes rayuan Zambry Kadir berhubung isu siapakah Menteri Besar Perak yang sah baru-baru ini. Maka itulah agaknya, Raja Petra tidak yakin perbicaraan yang akan beliau hadapi itu telus dan adil. Mahkamah pada bila-bila masa sahaja boleh membuat keputusan yang berat sebelah dan tidak masuk dek akal. Inilah antara faktor, beliau terpaksa lari dan menyembunyikan segala bahan-bahan bukti yang telah beliau perolehi selama ini. Persoalannya sekarang, kenapakah Musa Hassan selalu Ketua Polis Negara begitu cepat mengeluarkan kenyataan untuk meminta Interpol menjejaki Raja Petra jika keadaan memerlukan. Bagaimana pula dengan kes Hilmi Malek dalam isu "Gambar Bogel Elizabeth Wong" dulu. Bukankah pihak polis sudah menerima maklumat yang beliau juga berada di luar negara (Indonesia), tetapi kenapa sudah berbulan-bulan masih gagal dijejaki?. Kenapakan polis tidak menggunakan khidmat Interpol untuk menjejaki si Hilmi?. Apa bezanya Raja Petra dan Hilmi Malek ini sebenarnya? Sebenarnya, apa yang pasti ialah pihak polis diarahkan menggunakan Interpol untuk menjejaki Raja Petra, kerana kes yang beliau hadapi itu ada kaitan dengan pemimpin UMNO dan kerajaan sendiri. Malah kes tersebut melibatkan isteri Perdana Menteri, Najib Razak sendiri sebenarnya. Maka itulah beliau akan dijejaki hatta "hingga ke lubang cacing" sekali pun. Tetapi dalam kes Hilmi Malek, walaupun secara dasarnya pihak polis mendapati beliau sebagai "empunya angkara" dan terlibat secara langsung dengan kes "Elizabeth Wong", namun dek kerana kes itu melibatkan pemimpin pembangkang maka siasatan yang "standard" sahaja dilakukan.

Tidak perlu ada kepentingan untuk mengutamakan kes tersebut. Tambahan pula, dipercayai dalang yang terlibat disebalik kes "gambar bogel" itu adalah para pemimpin UMNO dan BN Selangor sendiri sebenarnya. Jika Hilmi dijejaki dan ditangkap, maka akan terbongkarlah berbagi cerita panas disebalik insiden berkenaan. Maka rakyat juga akan terpukau melihat semua adengan ini. Sebab itulah dari segi kepentingan menggunankan Interpol untuk menjejaki "tertuduh" ia lebih kepada mereka yang menghadapi kes bersangkutan dengan kempimpinan negara. Jika tidak, sudah pasti akan dibiarkan bebas tanpa sebarang tindakan. Inilah yang berlaku kepada Hilmi Malek sekarang. Malah, terdapat juga laporan yang mengatakan beliau sebenarnya sudah kembali ke Malaysia dann kini selesa berada di rumahnya dekat Ampang, Selangor tanpa gangguan daripada mana-mana pihak. Jika benar dakwaan ini, maka pihak polis harus profesional dalam melaksanakan tugas mereka dan tidak terikat dengan pihak-pihak tertentu sahaja. Keyakinan rakyat terhadap polis harus dikembalikan dan tidak dibiarkan terus begini. Rakyat sudah tidak yakin lagi polis dapat membantu mereka dalam hal-hal tertentu, sebaliknya polis lebih berselera menjalankan tindakan jika mempunyai kepentingan-kepentingan tertentu sahaja pada masa ini.

[Sehubungan dengan ini, PDO amat sangsi apakah kes "Liwat" yang akan dihadapi oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim Julai ini bakal diadili dengan seadil-adilnya oleh Mahkamah Tinggi?. Sedangkan sebelum ini juga Peguam Anwar sudah beberapa kali mempertikaikan "rasional" kes berkenaan mahu dipindahkan?. Bahkan, sijil perpindahan pula ditandatangani oleh Peguam Negara, Ghani Patail iaitu individu yang dipercayai terlibat dalam kes pemalsuan laporan perubatan Anwar ketika ditahan di lokap polis dulu. Biarpun mahkamah memutuskan yang Ghani dan Musa Hassan tidak terlibat, namun segalanya adalah jelas dan rakyat Malaysia di seluruh dunia tahu akan hakikat yang sebenarnya. Maka itulah keyakinan terhadap badan kehakiman ini wajar kembali dipertikaikan selepas Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Zambry Kadir terhadap Nizar Jamaluddin baru-baru ini. Segalanya kini bagai sudah kembali kepada zaman azalnya dulu. Justeru itu semua pihak harus berhati-hati kali ini, jika tidak sudah pasti pemimpin pembangkang itu akan ke dalam sekali lagi dalam kes liwat terbarunya ini].

//Kalamku: Telah dirancang dan diskripkan kepada mahkamah apa yang patut dilakukan.Sebagai rakyat Malaysia, Kalamku sangsi dengan ketelusan dan keadilan mahkamah Malaysia sekarang...Kepada penyokong-penyokong UMNO, mereka ini umpama lembu yang dicucuk hidung.apa yang dilakukan dan diberitakan oleh UMNO adalah benar belaka. Tiada pendirian dan umpama Katak bawah tempurung...Asyik mengadap berita tv mana nak terdedah dengan fakta sebenar.Mereka juga boleh diibaratkan macam anjing yang taat pada tuannya.Jika tidak taat, hilanglah sumber rezeki. Diorang tidak tahu ke dari mana kerajaan dapat duit nak bayar gaji dorang?macammana kerajaan dapat duit nak bagi Loan dekat diorang? Semua tu adalah hasil kutipan cukai rakyat tanpa kira fahaman parti...
0 comments:

Post a Comment

Create your own banner at mybannermaker.com! Copy this code to your website to display this banner!

Affiliate Programs
Business Affiliate ProgramsSalePersonalsAdvertisingShopping


Help end world hunger


Free money

Klik sini

Apakah yang membuatkan anda berasa tertekan?

Spreadfirefox Affiliate Button CLICK HERE TO CREATE YOUR BANNER Buat banner percuma

Image BE WARE PENGUNDI HANTU Awasi pengundi hantu


Blog Archive

Labels

Blogumulus by Roy Tanck and Amanda Fazani

FEEDJIT Live Traffic Feed

How many?

online education degree programs
Counter powered by online degree programs website.