GEORGETOWN [7.12 pm] - Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang menimbang kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap
Aminah Abdullah yang mendakwa beliau ditawarkan jawatan
Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang sekiranya beliau kembali menyertai parti itu dan memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN)Penanti Ahad ini. Pengerusi Badan Perhubungan PKR Negeri,
Datuk Zahrain Mohamed Hashim (foto), berkata PKR tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Aminah dan dakwaan mengenai tawaran itu tidak berasas semasa sekali.
"Kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya perkara ini (dakwaan oleh Aminah) berterusan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.
//kalamku: tak kan dah terdesak kot kak minah ni nak meraih undi dengan menggunakan taktik kotor...berkempen mirip kempen BN(suka buat fitnah).Rakyat pun boleh tahu jalan cerita sandiwara politik BN ni..
Post a Comment