Menjelang pemilihan Umno dahulu, seorang kawan dari Umno menghantar SMS kepada saya supaya menyediakan borang PAS. Dia nak masuk PAS jika Tan Sri Muhammad Muhd Taib dipilih sebagai Timbalan Presiden Umno.
Beliau patut baca SMS yang saya terima yang menceritakan apa yang dilaporkan sebagai antara kandungan ucapan Ustaz Dr Harun Din hari ini di Jubli Kekempenan Ulama (baca: Ustaz Nasharudin Mat Isa) di Markaz Tarbiyyah PAS, Taman Melewar:
Keahlian PAS boleh menerima sesiapa sahaja yang Islam dan mereka adalah penentu kepada kepimpinan PAS itu sendiri. Ini akan membuka peluang besar kepada Umno atau musuh luar negara untuk meramaikan ahli PAS bagi tujuan mempengaruhi pemilihan PAS atau memenangkan musuh Islam yang sedang berada di dalam.Siapa yang paling banyak masanya dengan para menteri dan pembesar Umno? Sila buat kajian sendiri.
Apa pun, saya menyokong kepimpinan ulama atau talabah yang anti-Umno. Saya tak ingat semuanya, ramai. Tetapi, yang paling vokal ialah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mohon dijauhkan saya menyokong kepimpinan ulama atau talabah yang ketagihkan Umno (Umno addicted).
Antara berita hari ini:
Politik wang di PAS: Nik Aziz alu-alukan SPRM siasat dakwaan (mStar Online)
May 27, 2009 at 11:39 PM
aku pun sama yg aku meluat sangat sekarang mufti tua kat perak yg seratus peratus ameno piau..
May 27, 2009 at 11:46 PM
Demi menjaga periuk nasi, orang yang boleh digelar ulama sanggup membela keburukan UMNO yang berkulat tu.
May 28, 2009 at 12:33 AM
kesian kat hampa , hati yg dipenuhi perasaan curiga terhadap sesama agama . Kalau mufti Perak ni dia tak kira UMNO ka ,PAS ka, PKR ka , DAP ka semua dia kasi semacam .Hang tak betui ,dia cakap tak betui .Hang salah , tatap salah dan mendapat teguran . Hang tak mau dengaq tak pa la , setidak2nya dia dah cakap .tanggungjawab dah lepas . Yang hang dok maki dia ,awat hang tak dak akai ka . Dia cuma tegog bukan pukoi ka ,tangkap ka -itu la sebahagian tugas dia . Dia takut akidah hang pa rosak .
May 28, 2009 at 8:16 AM
kesian dkt org memali ni...ni lah umno..indah Khabar dari rupa...hang berkokok lah...UMNO tetap parti yang menzalimi rakyat...
Post a Comment