Tahan Adun: Kerajaan Selangor kesal tindakan Polis

Labels:
Monday, 25 May 2009 • Kategori: Berita Utama

Tahan Adun: Kerajaan Selangor kesal tindakan Polis.

Oleh: Rusnizam Mahat

Kerajaan Negeri Selangor kesal dengan penangkapan terbaru membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri Teratai, Jenice Lee, bersama 15 lagi, yang ditahan kerana menyertai perhimpunan aman nyalaan lilin pada 21 Mei lalu.

Menteri Besar, Khalid Ibrahim, dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar dan dikirim menerusi email kepada Suara keADILan sebentar tadi, mengutuk keras tindakan polis tersebut.

“Selepas tangkapan dan penahanan reman terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teratai, Jenice Lee dan 15 orang yang lain, Kerajaan Negeri Selangor ingin menyatakan rasa kesal dengan sikap berterusan polis yang menggunakan kekerasan terlampau kepada mereka yang terlibat dengan perhimpunan aman,” ujarnya.

Dalam kejadian itu, Jenice bersama 15 yang lain ditahan selama tiga malam di dalam lokap kerana menyertai perhimpunan memasang lilin di hadapan pusat khidmat beliau kira-kira jam 8.45 malam.Kesemua tahanan lelaki ditahan di ibupejabat balai polis Ampang manakala tahanan wanita ditahan di balai polis Pandan Indah.

Menurut Khalid, Kerajaan Negeri juga amat kesal dengan perkembangan terkini yang memperlihatkan siri tangkapan ke atas orang awam, aktivis kebebasan hak asasi, dan ahli politik.

“Kami percaya tangkapan yang dibuat pada Khamis lalu juga tidak sewajarnya berlaku kerana Jenice dan rakan-rakannya berhimpun secara aman dan tidak langsung menimbulkan ketidaktenteraman masyarakat,”

Katanya mengikut data yang dikumpul oleh Suaram, dalam bulan Mei sahaja sebanyak 146 tangkapan telah dibuat - kebanyakan ke atas individu yang terlibat dalam perhimpunan aman.

“Untuk memburukkan lagi keadaan, pihak polis telah menyerbu pejabat DAP. Jelas, ini adalah perkembangan yang tidak sihat untuk negara yang mengamalkan sistem demokrasi,”ujarnya.

“Kerajaan Negeri mengutuk mana mana pihak yang cuba mencabul hak kebebasan bersuara dan hak bebasan berkumpul secara aman, hak asasi yang termaktub dalam Deklarasi Hak –Hak Asasi Sedunia dan Pelembagaan Persekutuan Malaysia,”

“Kami juga menyeru kepada pihak polis supaya menghormati dan mempertahankan hak-hak tersebut,”jelas beliau.

http://www.suarakeadilan.com
0 comments:

Post a Comment

Create your own banner at mybannermaker.com! Copy this code to your website to display this banner!

Affiliate Programs
Business Affiliate ProgramsSalePersonalsAdvertisingShopping


Help end world hunger


Free money

Klik sini

Apakah yang membuatkan anda berasa tertekan?

Spreadfirefox Affiliate Button CLICK HERE TO CREATE YOUR BANNER Buat banner percuma

Image BE WARE PENGUNDI HANTU Awasi pengundi hantu


Blog Archive

Labels

Blogumulus by Roy Tanck and Amanda Fazani

FEEDJIT Live Traffic Feed

How many?

online education degree programs
Counter powered by online degree programs website.