Beliau menegaskan bahawa tujuan perletakkan jawatan itu adalah untuk memberi ruang yang luas buat dirinya melanjutkan pelajaran beliau. Soalnya sekarang, apa bezanya perletakkan jawatan Fairus dan juga V.Arumugam?. Kenapa PM Najib memberi helah yang pelbagai di Penanti sedangkan mereka menyertainya di Bukit Selambau. Senarionya tetap sama dan tidak ada beza sedikit pun. Jika kerana tidak mahu membazirkan wang rakyat maka BN juga sepatutnya tidak meletakkan calonnya di Bukit Selambau. Kenapakah mereka begitu takut pula untuk bertanding di DUN Penanti kali ini?. Maka jawapan mudah yang boleh diberikan ialah, BN bertanding di Bukit Selambau kerana nampak peluang mereka akan menang besar. Tambahan pula ketika itu Najib baru sahaja mengambil alih jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO daripada Pak Lah. Ditambah lagi dengan pembentukan kabinet barunya dan konsep "1Malaysia: Pencapaian Diutamakan Rakyat Didahulukan" seperti yang dilaung-laungkan oleh Najib itu. Maka beliau melihat sudah pasti sokongan rakyat akan kembali kepada UMNO dan BN selepas dirinya berkuasa. Namun, harapan tinggal harapan, dan gagal menjadi kenyataan. BN bukan sahaja tewas di Bukit Selanbau malahan turut juga kecundang di Bukit Gantang. Mereka hanya menang dengan "undi helikopter" di Batang Ai. Jika tidak sudah pasti pukulan TKO 3-0 juga akan mengena ke atas batang hidung Najib dan Barisan Nasional itu sendiri. Wang berjuta terpaksa mereka habiskan untuk membeli hati rakyat. Itu belum termasuk yang dirompak oleh pemimpin mereka sendiri sebenarnya. Namun, segalanya bagai sudah ditakdirkan. Rakyat ternyata mahukan perubahan dan tetap menolak mereka. Kerana rakyat sekarang bukan lagi seperti zaman dahulu, mereka kini lebih terbuka minda dalam membuat keputusan dan penilaian.
http://pahangdaily.blogspot.com
Post a Comment