Melihat pada faktor ini dan fenomena semasa yang tidak memungkinkan BN akan menang dalam mana-mana pilihanraya kecil di Semenanjung Malaysia, maka akhirnya Najib "fobia dan takut" dengan pilihanraya kecil. Justeru itulah mereka menuduh bermacam-macam alasan kepada Fairus Khairuddin dan takut untuk bertanding di Penanti. Malah lebih hina lagi, bila mereka juga takut jika pilinraya diadakan di DUN Kota Alam Shah, yang diwakili oleh pemimpin Hindraf M.Manoharan. Akhirnya, beliau dibebaskan ketika dalam proses mengumumkan perletakan jawatannya itu. Semua keputusan mahu bertanding atau tidak adalah terletak ditangan Perdana Menteri yang juga merupakan Pengerusi BN. Tidak perlulah beliau cuba mengelirukan rakyat untuk mengadakan berbagai mesyuarat bagi menentukan keputusan itu. Semuanya sudah difahami oleh sekalian hamba rakyat. Apa yang jelas memang Najib amat gusar dan takut dengan "suara rakyat". Malah beliau juga pernah menyebut sebelum ini bahawa "Suara Rakyat Suara Keramat". Maka kini, beliau termakan dek sumpahan suara rakyat itu hingga menyebabkan beliau amat takut berhadapan dengan pilihanraya kecil. Namun, bagai sudah ditakdirkan, akhirnya satu lagi pilihanraya kecil berlaku pula di bumi Kelantan bila ADUN Manik Urai meninggal dunia beberapa hari yang lalu. Mahu tidak mahu, sepintas kilat Najib menunjukkan yang BN akan menyertai pilihanraya itu kerana ia berlandaskan perlembagaan dan diadakan kerana kematian wakil rakyat kawasan berkenaan. Walhal beliau sendiri tahu bahawa Kelantan adalah negeri Pakatan Rakyat. Inilah dia sikap sebenar pemimpin UMNO dan BN yang "cakap tak serupa bikin". Namun, bagi mengelakkan parti mereka terus dihina oleh rakyat terpaksalah najib awal-awal lagi mengumumkan pendirian tersebut. Malah, pengumuman itu dibuat ketika beliau berada diluar negara (Singapura) dan bukannya di Malaysia. Sama-sama kita tunggu dan lihat, apakah adengan seterusnya yang menonjolkan kita tentang sifat kebaculan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.
http://pahangdaily.blogspot.com/
Post a Comment