Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin mencabar “Menteri Besar Mahkamah”, Dr Zambry Abd Kadir supaya mengadap Sultan dan memohon perkenan baginda membubarkan Dewan Undangan Negeri sekiranya beliau benar-benar anak jantan dan tidak bersembunyi di belakang pasukan keselamatan.
Beliau berkata demikian pada majlis ceramah dan taklimat yang diadakan di Wisma DAP malam semalam.
Nizar berkata beliau tidak menyalahkan pihak keselamatan kerana sedar mereka digunakan oleh Barisan Nasional untuk melakukan penindasan terhadap rakyat.
Tambah beliau lagi setiap kali pilihan raya kecil diadakan UMNO dan BN akan mengarahkan pihak keselamatan berkampung di kawasan tersebut sama ada di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang atau Bukit Selambau.
Tetapi peliknya apabila BN tidak bertanding di Penanti ternyata tidak ada polis di situ dan ini membuktikan pihak polis bekerja untuk UMNO dan BN.
“Ini jelas menunjukkan wang rakyat dihabiskan untuk BN bukannya untuk menjaga rakyat dan ketenteraman awam.” Nizar berkata.
BN cukup cemburu dengan gabungan kemas dan mantap Pakatan Rakyat dan ia tidak sanggup melihat gagasan tersebut diterima oleh rakyat Perak.
“Di Perak sebelum ini kita tidak pernah nikmati perpaduan dan keharmonian antara bangsa-bangsa yang ada di Perak, namun dalam masa Pakatan Rakyat memerintah kita berjaya lahirkan masyarakat Perak yang saling menghormati, bertoleransi antara satu sama lain.
“Kita mahukan cucu cicit kita pada masa akan datang saling menghormati antara bangsa yang ada. Itulah yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Jika ini berterusan maka tidak ada peluang lagi bagi mereka.” kata Menteri Besar lagi.
Tambah Nizar mahkamah rakyat adalah ruang yang terbaik untuk menyelesaikan krisis politik di Perak.
Majlis tersebut yang dipengerusikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Remis, Nga Kor Ming juga turut dihadiri oleh Pengerusi DAP Perak, Ngeh Khor Ham, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng, Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat Perak.
Sebelum itu polis menahan 2 orang di luar Wisma DAP kerana dipercayai ingin hadir ke majlis yang diadakan semalam.
Seorang daripada yang ditahan adalah ahli majlis perbandaran Taiping, Simon Uthaya Kumar a/l Sellaiyah sementara seorang lagi dikenali sebagai Haridats. Difahamkan mereka berdua telah dibawa ke balai polis yang berdekatan untuk disoal siasat.
http://www.tvantara.com
http://pinkturtle2.wordpress.com
May 27, 2009 at 11:48 PM
zamry dan ameno memang tak ada telor itu pasai tak berani nak bubar dun,aku kesian kat polis2 ni dah jadi pencacai ameno ,malulah gaji dibayar dgn duit rakyat kerjalah dgn amanah untuk semua dgn adil.
May 27, 2009 at 11:49 PM
DIA ANAK PONDAN MANA MAHU BUBARKAN DUN PERAK CUMA DI TEPI KAIN POLIS RAJA DI MALAYSIA.
May 28, 2009 at 12:48 AM
mana hang tau dia tak dak teloq dan mana hang tau dia anak pondan .awat pondan tu bukan orang ka .Hang ni org mana ni ,mana ada uniform polis pakai kain .Nak habaq bagi , yg selalu berketak tu biasanya ayam betina dan berkokok tu ,ayam jantan .kokok ayam jantan tu tak lama ,sekejap aja tapi ada makna tapi berketak ayam betina ni acah aja lebih dan terus diam bila kena dgn jantan . kalau hang faham , faham la ya.kalau tak paham ,bersekolah di sekolah kebangsaan . Jd sdr Nizar tak perlulah besar2kan lg cerita ni ,yg jadi MB pun saudara kita juga ,biaq pi la dia tunaikan tanggungjawab dia ,nanti kalau ada rezeki sdr pula . Fikirkanlah ' apa yg Allah lakukan mesti ada hikmahnya . Kepada sdr Zambry selamat menjalankan amanah yg telah dipertanggungjawabkan . Takbir...... Allahuakbar
Post a Comment