Eksklusif: Apa Sudah Jadi Dengan Si Mufti Perak, Dulu Lantang Bersuara Tetapi Kini Pantang Pula Dengar Parti UMNO Dan Kerajaan BN Itu Di Hina

Inilah akibatnya bila golongan ulamak dan agama takut untuk menegur kebobrokan yang dilakukan oleh pemerintah yang zalim. Akhirnya mereka akan bercetuju dan terus bersekongkol dengan mereka, biarpun dia tahu "nahi mungkar" dan "halal haram" sesuatu perkara. Sebelum ini telah ramai golongan ugama seperti Pirdaus Ismail (bekas Imam Besar Masjid Negara), Fadzil Hanafi (Penceramah Agama RTM), Mashitah Ibrahim (Pendakwah Bebas), Jamil Khir Baharom (Pendakwah Bebas Dari KAGAT) dan kini yang terbaru ialah Harussani Zakaria (Mufti Perak). Terdapat petanda awal yang Mufti Perak ini sudah mula lari dari "matlamat asal kewujudan dirinya itu". Beliau yang sepatutnya menegur segala kepincangan, kezaliman dan penyalah gunaan kuasa yang berlaku dalam kerajaan, kni seolah-olah memihak pula kepada kerajaan yang memerintah. Benarkah Harussani kini sudah berubah?. Apakah dek kerana janji-janji kemewahan maka manusia seperti Harussani boleh terpengaruh dan mahu bersekongkol dengan mereka?. Apakah beliau lupa yang kesemua golongan agama terbabit, terutamanya yang sanggup menjilat ludah mereka sendiri itu kini tersiksa dan merana akibat ditolak majoriti rakyat. Inilah hakikatnya buat Harussani. Beliau yang sebelum ini cukup popular dengan kelantangannya dalam mengeluarkan hujjah kini seolah-olah berada dalam tekanan dan sanggup lakukan apa sahaja demi mempertahankan tindakan kerajaan hari ini. Apakah sebenarnya yang telah terjadi kepada Mufti Perak ini sebenarnya?. Masih kita ingat, beliau telah dengan lantangnya mengharamkan "konsert Sure Heboh @ Jom Heboh TV3" dulu.

Namun, tatkala BN merampas Perak beliau sanggup pula pekakkan telinga dan membiarkan saja program ini diadakan baru-baru ini. Malah, beliau juga adalah mufti yang lantang mendedahkan begitu ramai anak-anak muda Melayu yang telah "murtad". Malah beliau turut mendedahkan begitu banyak fail "murtad" yang telah diterima oleh pihak berkaitan. Kemudian beliau juga telah menjadi juara dalam banyak kes-kes yang melibatkan rakyat Malaysia sebelum ini hingga akhirnya dianugerah tokoh agama oleh kerajaan UMNO dan BN pada masa Pak Lah menjadi Perdana Menteri. Difahamkan beliau menerima ganjaran lumayan atas anugerah tersebut yang akhirnya memaksa beliau "menutup mulut dan matanya" dari menegur kerajaan. Maka itulah kita tidak hairan, dalan banyak isu politik yang berlaku sekarang ini Harussani lebih banyak mempertahankan UMNO dan BN daripada rakyat secara keseluruhannya. Malah beliau dilihat sebagai "wira dan penyelamat parti karat itu" bila begitu cepat memberi "fatwa" mengkritik tindakan-tindakan pro-rakyat yang diambil oleh Pakatan Rakyat Perak di bawah pimpinan Nizar Jamaluddin. Misalnya dalam kes Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan Dr Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamamah Tinggi dalam tempoh kurang daripada empat jam setelah permohonan dikemukakan, Harussani juga mengikut jejak langkah yang sama apabila membidas keputusan Pakatan Rakyat itu tidak sampai beberapa jam setelah pengumuman dibuat. Beliau turut memperlecehkan semangat rakyat Perak untuk menegakkan amalan demokrasi di negeri mereka yang telah dinodai oleh UMNO dan BN.

Kenyataannya bahawa Pakatan Rakyat sepatutnya menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan tidak menimbulkan masalah apabila keputusan itu tidak memihak kepada bekas Menteri Besar."Kenapa hendak datangkan masalah, kalau menang belah dia tidak apa tetapi apabila kalah hendak bangkang, Dia punya pasal lah, tidak ada kena mengena dengan hukum Islam tetapi kalau keputusan mahkamah begitu, haramlah hukumnya," katanya. Terbaru, beliu juga mengkritik satu keputusan politik yang diambil Pakatan Rakyat berhubung tindakan mengadakan puasa sunat dan mogok lapar selama tiga hari mulai esok. Kritikan tersebut jelas membuktikan bahawa Harussani ternyata tidak akan menyokong apa jua tindakan Pakatan Rakyat dalam menyelesaikan kemelut politik di Perak. Maka, sungguh malang nasib rakyat Perak kerana terpaksa menerima lagi Mufti Harussani sebagai tokoh agama kebanggaan mereka. Harussani kini sudah "Haru Biru", jiwanya sudah kacau bila antara dua persimpangan. Mahu ditegur kerajaan takut kehilangan segalanya. Mahu atau tidak terpaksalah beliau bersekongkol dengan kerajaan UMNO dan BN untuk menggasak Pakatan Rakyat. Apakah beliau sedar atau tidak dengan apa yang berlaku itu agaknya?. Namun, dari hati kecil rakyat Perak kini sudah terbuku satu perasaan kecewa kepada tokoh agama yang mereka sanjung selama ini. Harussani kini sudah berubah. Beliau dilihat lebih UMNO dari puak-puak karat itu sendiri. Lantaran itulah beliau akan menyokong apa jua tindakan yang dilakukan oleh mereka, biarpun beliau tahu kebenarannya.

[Semoga Harussani akan sedar dengan apa yang berlaku ini, atau setidak-tidaknya ada dikalangan rakyat yang bisa menyedarkan beliau dari lamunan terhenti ini. Kembalikan Mufti Perak ini ke landasan asalnya, jangan sesekali membiarkan beliau terus alpa dan menjadi Mufti UMNO pula. Jika ini yang beliau mahukan, maka benarlah telahan ramai pihak supaya Harussani menyahut cabaran untuk bertanding sebagai calon BN dalam pilihanraya umum akan datang. Lengkapkan "Team Ular Dalam Semak UMNO" yang terdiri daripada Dr.Mashitah, Pirdaus Ismail, Fadzil Hanafi dan Jamil Khir Baharom. Inilah yang dikatakan dalam kitab Al-Quran dan hadis-hadis Nabi bahawa terdapatnya "ulamak akhir zaman yang termakan dek pujukan duniawi". Kembalikan mereka ke panggal jalan, semoga mereka akan menginsafi semua yang terjadi ini].

//Kalamku: Takut hilang sumber rezeki...
0 comments:

Post a Comment

Create your own banner at mybannermaker.com! Copy this code to your website to display this banner!

Affiliate Programs
Business Affiliate ProgramsSalePersonalsAdvertisingShopping


Help end world hunger


Free money

Klik sini

Apakah yang membuatkan anda berasa tertekan?

Spreadfirefox Affiliate Button CLICK HERE TO CREATE YOUR BANNER Buat banner percuma

Image BE WARE PENGUNDI HANTU Awasi pengundi hantu


Blog Archive

Labels

Blogumulus by Roy Tanck and Amanda Fazani

FEEDJIT Live Traffic Feed

How many?

online education degree programs
Counter powered by online degree programs website.