
Bukit Melawati
Berdasarkan sejarah, Kuala Selangor telah wujud seawal abad ke 16 lagi. Kawasan lain seperi Jeram, 10 meter dari Permatang di sebelah bertentangan Sungai Selangor juga telah wujud . Kawasan-kawasan ini adalah di bawah pemerintahan Empayar Melaka dan selepas itu pula di bawah pentadbiran Empayar Johor.
Sejarah kubu ini bermula semasa kejatuhan Syarikat India Timur Belanda selepas perang ke-4 Belanda-Inggeris (1780-1784). Apabila pengaruh Belanda sudah hilang, Selangor telah kembali diperintah oleh Johor dan Riau telah menyerang Melaka yang juga di bawah pemerintahan Belanda tetapi gagal. Belanda kemudian menyerang Selangor dan menawan Kuala Selangor pada Julai 1784.
Semasa serangan, Kubu Melawati telah musnah tetapi dibina kembali dan diberi nama sebagai Kubu Altingsburg mengambil nama Jenderal Gabenor Belanda.Setahun selepas itu, iaitu pada 28 Jun 1785, Sultan Ibrahim dengan pertolongan abangnya, Dato’ Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Abdul Majid dari Pahang menewaskan Belanda dalam satu serangan pada waktu malam. Serangan yang bermula selepas waktu Isyak itu telah berjaya menyelamatkan Bukit Melawati sebelum matahari terbit..Sejak dari hari itu, sehinggalah British mengambil alih kuasa pada tahun 1874, kota ini telah menjadi saksi kepada banyak peristiwa perang.

Panduan ke lokasi :Dari Klang, ambil bas ke Kuala Selangor yang ada setiap 20 minit dengan tambang RM2 sementara dari Stesen Bad Puduraya Kuala Lumpur, perjalanan dengan bas akan mengambil masa satu jam dengan tambang RM4.90. Ambil teksi dari Kuala Selangor untuk ke lokasi.
Kelip-kelip Kampung Kuantan
Saksikanlah keajaiban ciptaan semula jadi di Kampung Kuantan, sebuah kampung agri-kultur terletak 9 km dari Bandar Kuala Selangor.
Saksikanlah keajaiban ciptaan semula jadi di Kampung Kuantan, sebuah kampung agri-kultur terletak 9 km dari Bandar Kuala Selangor.
Kampung ini sangat terkenal dengan kewujudan kelip-kelip yang bercahaya terutama pada waktu malam, yang boleh anda saksikan apabila menaiki bot atau sampan untuk menyusuri sungai. Di sini anda akan menemui jawapan kepada misteri alam di mana terdapat banyak lokasi hinggapan kelip-kelip di sini. Dikatakan terdapat dua tempat di dunia ini yang mempunyai keajaiban misteri kelip-kelip dan salah satunya ialah Kampung Kuantan.
Pada hari ini, Kampung Kuantan sangat tekenal kepada pelancong tempatan dan antarabangsa kerana keunikan warisannya iaitu kelip-kelip yang berkelip-kelip hinggap pada spesis pokok bakau, yang dipanggil pokok berembang. Pokok Berembang atau nama spesifiknya ‘Sonneratia Caselaris’ ialah sejenis pokok bakau yang hidup liar di sepanjang tebing Sungai Selangor. Pokok ini memerlukan persekitaran lembap dan berpaya untuk hidup. Pokok Berembang merupakan faktor penting kepada kewujudan kelip-kelip ini kerana ia memberi sumber makanan kepada mereka.
Kelip-kelip akan menyedut cecair daun pokok berembang untuk dijadikan makanan.
Panduan ke lokasi :
Dari Klang, ambil bas yang ada setiap 20 minit ke Kuala Selangor dengan tambang RM2 sahaja sementara dari Stesen Bas Puduraya, Kuala Lumpur, perjalanan menaiki bas akan mengambil masa selama sejam dengan tambang RM 4.90. Ambil teksi dari Kuala Selangor untuk ke lokasi.
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Lebih dikenali sebagai "Masjid Biru" (Blue Mosque), Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah merupakan salah satu masjid terbesar di Asia Tenggara, dengan kapasiti muatan seramai 24,000 jemaah pada satu-satu masa. Masjid ini mempunyai antara menara dan kubah tertinggi dunia.
Strukur pembinaan tiga peringkat menggabungkan elemen seni bina Islam dan Melayu. Dewan solat utama yang keseluruhannya berkapet dan berhawa dingin merupakan salah satu dewan solat terbesar di dunia yang meliputi dua paras dimana galeri teratas dijadikan sebagai dewan solat wanita. Tingkat kedua merupakan galeri manakala tingkat bawah menempatkan pejabat pentadbiran, bilik seminar, perpustakaan, penyambut tetamu dan bilik kelas. Kubah biru dan perak dengan diameter 51.2m dan ketinggian 106.7 m kelihatan sangat cantik dan merupakan kubah masjid tertinggi di dunia.
Kubah masjid ini dihiasi dengan empat menara setinggi 142.2 m menjadikannya sebagai yang tertinggi di dunia seumpanyanya. Untuk kawasan dalaman masjid pula, perhatian rapi diberi ke atas perhiasan menggunakan tulisan khat (Kaligrafi Arab) pada lengkungan dalam kubah dan juga pada dinding Dewan Solat utama. Kaligrafi ini dihasilkan oleh pelukis kaligrafi Arab terkenal iaitu Shiekh Abdel Moneim Mohamed Ali El Sharkawi dibantu oleh bebrapa pereka tempatan yang lain.
Ukiran kayu mimbar masjid pula dihasilkan oleh pakar ukir dari Kelantan yang juga telah banyak menghasilkan corak ukiran di kebanyakkan masjid lain di negara ini.
Kekisi aluminium merupakan satu lagi ciri-ciri yang dapat dilihat pada dinding, pintu keluar masuk dan tingkap masjid. Pada lapisan akhir, ia dilengkapkan dengan kaca berwarna lembut bagi membenarkan kemasukan cahaya. Ini ditonjolkan lagi dengan siling tinggi yang dibarisi dengan kayu segitiga dari jenis balau merah dan kayu ramin yang dibuat mengikut gaya 'criss-cross'.
Panduan ke lokasi :
Dari Stesetn Bas Klang, Kuala Lumpur, Ambil bas Park May no. 222 atau Bas Intrakota no. 338 (Tambang kedua-duanya ialah RM2) dan berhenti di Komplek PKNS. Dari sini ambil teksi untuk ke lokasi.Selain itu boleh juga menaiki KTM Komuter dan berhenti di Stesen Shah Alam. Dari stesen komuter Shah Alam ambil teksi atau bas mini untuk ke Komplek PKNS.
Post a Comment