Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik..
Ada sangkaan buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka kedekut
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka sombong
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
PrasangkaSangkaanMenyangka!
Aduhai...dunia, dunia
Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah?
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah?
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa?
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya?
Mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya
Jauhi sikap suka bersangka-sangkaIa bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api…
Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.
Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya
Bukalah HATI dan bukan hanya MATA!!!
****************************************“Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidakbersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: "Ini adalah suatu berita bohong yang nyata."(An-Nuur:12)
http://tazkirahonline.blogspot.com
Post a Comment