'Elak ke AS, Australia'

Labels:
PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya tidak melancong dan berkunjung ke Australia dan Amerika Syarikat kerana risiko virus Influenza A (H1N1), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) belum mengeluarkan sebarang larangan untuk melancong, langkah terbaik bagi rakyat negara ini ialah mereka menimbang dengan teliti mengenai risiko berkunjung ke negara yang dijangkiti H1N1.
"Mereka patut tunggu dan timbang. Saya tidak kata tak boleh pergi, memang ada alasan nak pergi, tapi risiko ada...kena timbangkan semasak-masaknya alternatif lain sebelum buat keputusan untuk pergi".
"Kalau pergi ada baik atau mungkin tak, ini cuma nasihat tak ada arahan daripada kerajaan," katanya pada sidang media selepas menutup Kejohanan Mendayung Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Kompleks Sukan Air Putrajaya, di sini, petang semalam.
Timbalan Perdana Menteri diminta mengulas sama ada rakyat Malaysia boleh melancong ke Australia dan Amerika Syarikat berikutan penularan H1N1 di kedua-dua negara itu.
Berdasarkan laporan pada awal bulan ini, Melbourne di Australia dinamakan sebagai pusat virus H1N1 kerana negara itu mengesahkan angka virus berkenaan meningkat kepada 1,051 kes, manakala sehingga 8 Jun lalu, Amerika Syarikat mencatat 13,217 kes dengan 27 kematian.
Ketika ditanya sama ada rakyat termasuk pelajar dari negara ini patut dilarang melancong ke negara yang sudah dijangkiti virus berkenaan, Muhyiddin berkata, setakat ini kerajaan tidak mengeluarkan sebarang larangan sama ada membabitkan pelajar atau rakyat Malaysia untuk pergi ke mana-mana.
"Kita cuma nasihat yang kita keluarkan dari semasa ke semasa. Kalau boleh ditangguh... kalau nak pergi ke tempat yang ada wabak, patutnya dijauhi.
"Tapi saya fikir setakat ini belum tahap untuk menyekat sesiapa pun, kalau pelajar disekat, ibu bapa disekat, nanti langsung tak keluar ke mana-mana," katanya.
Mengenai mesin pengimbas yang ditempatkan di semua pintu masuk negara ini untuk saringan H1N1, Timbalan Perdana Menteri berkata, tidak sepatutnya berlaku pelancong dan pelawat asing lari daripada diimbas badan mereka.
"Walaupun ada yang masuk ke negara ini dan selepas itu kena demam, bukan kerana kekurangan imbasan atau pemantauan".
"Semua pintu masuk diletakkan mesin pengimbas dan kita bekerjasama dengan WHO supaya sesiapa yang datang ke Malaysia kena diimbas 100 peratus, tak patut ada yang lari. Virus ini terjadi apabila berada di rumah dan pergi hospital baru tahu ada jangkitan," katanya sambil menambah semua rakyat mesti bertanggungjawab terhadap kebersihan diri dan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.

http://www.myhealth.gov.my
0 comments:

Post a Comment

Create your own banner at mybannermaker.com! Copy this code to your website to display this banner!

Affiliate Programs
Business Affiliate ProgramsSalePersonalsAdvertisingShopping


Help end world hunger


Free money

Klik sini

Apakah yang membuatkan anda berasa tertekan?

Spreadfirefox Affiliate Button CLICK HERE TO CREATE YOUR BANNER Buat banner percuma

Image BE WARE PENGUNDI HANTU Awasi pengundi hantu


Blog Archive

Labels

Blogumulus by Roy Tanck and Amanda Fazani

FEEDJIT Live Traffic Feed

How many?

online education degree programs
Counter powered by online degree programs website.