H1N1 di negara ini meningkat 50 kes
3:44 PMMenteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, murid tersebut adalah rakan sekelas kepada kes terdahulu di sekolah berkenaan iaitu di Kelas 5(I), menjadikan pesakit H1N1 di sekolah itu kini tiga orang, dua daripadanya kes penularan tempatan.
"Kami akan memantau sekolah itu dari dekat bersama guru-guru dan PIBG," katanya kepada pemberita selepas melawat sekolah tersebut di sini hari ini.
Sebelum itu, murid perempuan kelas yang sama disahkan menghidap penyakit itu pada pukul 6.30 pagi ini.
Menurut Tiong Lai, kedua-dua mereka duduk berdekatan (di dalam kelas) dengan murid pertama sekolah itu yang mendapat jangkitan H1N1 selepas melawat Melbourne.
Berikutan itu, beliau mengumumkan penutupan SJKC Jalan Davidson mulai Jumaat lepas sehingga 26 Jun depan sebagai langkah pencegahan penularan jangkitan penyakit itu dalam kalangan warga sekolah.
Beliau berkata, sepanjang tempoh itu, semua murid, guru dan kakitangan sekolah tersebut perlu berada di rumah masing-masing dan mengelak bergaul dengan orang awam.
"Semasa tempoh kuarantin di rumah, mereka tidak dibenarkan menghadiri kelas tuisyen (bagi murid-murid), melawat tempat awam dan pergi ke majlis keraian".
"Semasa berada di dalam rumah, mereka juga dinasihatkan agar mengurangkan pergaulan dengan anggota keluarga lain yang tidak dikenakan arahan kuarantin itu," katanya.
Menurutnya, mereka yang dikenakan arahan kuarantin dikehendaki segera menghubungi Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di talian 03-26983757 atau 019-2299397 sekiranya merasa kurang sihat atau demam.
Penutupan itu melibatkan kira-kira 2,100 warga sekolah berkenaan termasuk guru, murid dan kakitangan.
Tiong Lai berkata, kementerian turut menyediakan pasukan khas dan ambulans untuk mengendalikan pesakit influenza A.
Beliau mengingatkan mereka yang diarah menjalani kuarantin supaya tidak melanggar peraturan yang ditetapkan bagi menjamin keselamatan dan kesihatan orang ramai.
"Sesiapa yang melanggar peraturan Akta Kawalan Penyakit boleh didakwa di mahkamah dan dikenakan denda RM10,000 atau penjara atau kedua-duanya.
"Selain itu, soal sesi pembelajaran yang tertinggal selama seminggu itu bergantung kepada budi bicara guru besar sekolah terbabit sama ada perlu menggantikannya pada hari lain atau sebaliknya," katanya.
"Jangan langgar peraturan ini. Jangan paksa kerajaan guna akta ini untuk dakwa sesiapa," tegasnya. - BERNAMA.
http://www.myhealth.gov.my
'Elak ke AS, Australia'
3:42 PMBeliau berkata, walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) belum mengeluarkan sebarang larangan untuk melancong, langkah terbaik bagi rakyat negara ini ialah mereka menimbang dengan teliti mengenai risiko berkunjung ke negara yang dijangkiti H1N1.
"Mereka patut tunggu dan timbang. Saya tidak kata tak boleh pergi, memang ada alasan nak pergi, tapi risiko ada...kena timbangkan semasak-masaknya alternatif lain sebelum buat keputusan untuk pergi".
"Kalau pergi ada baik atau mungkin tak, ini cuma nasihat tak ada arahan daripada kerajaan," katanya pada sidang media selepas menutup Kejohanan Mendayung Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Kompleks Sukan Air Putrajaya, di sini, petang semalam.
Timbalan Perdana Menteri diminta mengulas sama ada rakyat Malaysia boleh melancong ke Australia dan Amerika Syarikat berikutan penularan H1N1 di kedua-dua negara itu.
Berdasarkan laporan pada awal bulan ini, Melbourne di Australia dinamakan sebagai pusat virus H1N1 kerana negara itu mengesahkan angka virus berkenaan meningkat kepada 1,051 kes, manakala sehingga 8 Jun lalu, Amerika Syarikat mencatat 13,217 kes dengan 27 kematian.
Ketika ditanya sama ada rakyat termasuk pelajar dari negara ini patut dilarang melancong ke negara yang sudah dijangkiti virus berkenaan, Muhyiddin berkata, setakat ini kerajaan tidak mengeluarkan sebarang larangan sama ada membabitkan pelajar atau rakyat Malaysia untuk pergi ke mana-mana.
"Kita cuma nasihat yang kita keluarkan dari semasa ke semasa. Kalau boleh ditangguh... kalau nak pergi ke tempat yang ada wabak, patutnya dijauhi.
"Tapi saya fikir setakat ini belum tahap untuk menyekat sesiapa pun, kalau pelajar disekat, ibu bapa disekat, nanti langsung tak keluar ke mana-mana," katanya.
Mengenai mesin pengimbas yang ditempatkan di semua pintu masuk negara ini untuk saringan H1N1, Timbalan Perdana Menteri berkata, tidak sepatutnya berlaku pelancong dan pelawat asing lari daripada diimbas badan mereka.
"Walaupun ada yang masuk ke negara ini dan selepas itu kena demam, bukan kerana kekurangan imbasan atau pemantauan".
"Semua pintu masuk diletakkan mesin pengimbas dan kita bekerjasama dengan WHO supaya sesiapa yang datang ke Malaysia kena diimbas 100 peratus, tak patut ada yang lari. Virus ini terjadi apabila berada di rumah dan pergi hospital baru tahu ada jangkitan," katanya sambil menambah semua rakyat mesti bertanggungjawab terhadap kebersihan diri dan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.
http://www.myhealth.gov.my
Swine flu mutation
3:41 PMhttp://www.myhealth.gov.my
Pelajar SMK Damansara Utama positif H1N1
3:40 PMKetua Pengatah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata pelajar berkenaan kini dikuarantin di hospital dan keadaan sekolah adalah terkawal.
http://www.myhealth.gov.my/
Hospital tightens rules for visitors
3:31 PMState Health Committee chairman Datuk Dr Mah Hang Soon said this was part of efforts to curb the spread of influenza A(H1N1) virus.
As the hospital was the designated one for patients in the state who were infected with the virus, increased vigilance must be taken, he said yesterday.
Children under 12 are also barred from entering the hospital wards, he added.
Speaking to reporters after launching the state’s Young Malaysians Movement blood donation campaign, Dr Mah also advised people to avoid crowded places.
The hospital’s visiting hours are from 12.30pm to 2pm and 4.30pm to 7pm on weekdays and 11.30am to 7pm on weekends.
On the condition of the 22-year-old woman who was diagnosed with the H1N1 virus, Dr Mah said she was recovering and would be discharged from the hospital soon.
It was reported that the woman, who returned from Melbourne, Australia, after visiting her brother, was diagnosed with the virus on June 14 and admitted to the hospital the next day.
http://www.myhealth.gov.my
H1N1 boleh bertukar 'garang'
3:27 PMPakar imunologi, Datuk Dr. Lim Thuang Seng berkata, walaupun penyebaran H1N1 telah menunjukkan tanda-tanda kelembapan penularan namun virus tersebut akan terus bergerak dalam perumah jangkitan dan mungkin bertambah 'garang'.
''Kita tidak boleh memandang rendah H1N1, ia masih baru dan keadaan ini mungkin menjadikan virus ini agak lemah pada peringkat awal.
''Sifat virus ini bagaimanapun akan mengalami perubahan mengikut masa, ia mungkin menjadi lebih 'garang' pada masa akan datang dan mengancam keselamatan dunia," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Thuang Seng pernah menjadi pensyarah imunologi di beberapa universiti terkemuka Amerika Syarikat dan menulis artikel akademik di pelbagai jurnal imunologi dan mikrobiologi.
Beliau berkata, kemunculan H1N1 membawa lembaran baru dalam dunia sains kerana buat pertama kalinya virus yang mempunyai gabungan unsur selesema manusia, babi dan burung telah ditemui.
''Keadaan ini bermaksud virus ini mungkin menular kepada wabak besar yang boleh saling menjangkit antara manusia, burung dan haiwan.
''Penemuan kes jangkitan daripada manusia kepada babi di Kanada baru-baru ini harus dijadikan iktibar mengenai betapa pentingnya usaha cegah penularan virus perlu dijalankan sebaik mungkin," katanya.
Beliau berkata, walaupun kerajaan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) boleh mencegah penularan H1N1 namun virus tersebut tidak boleh dibunuh dan akan terus aktif dalam perumah jangkitan.
''Saintis pula menghadapi pelbagai kesukaran untuk mengenal pasti perumah jangkitan untuk satu-satu jenis virus, saintis umpamanya masih gagal mengenal pasti perumah sebenar untuk virus Nipah yang pernah mengancam Malaysia.
''Ada yang mengatakan virus Nipah berumah di tubuh kelawar tetapi ia masih gagal dipastikan," katanya.
Tambahnya, walaupun penghasilan vaksin untuk H1N1 adalah penting namun vaksin tersebut mungkin tidak lagi mempunyai kesan mutlak ke atas H1N1 yang mengalami mutasi pada masa depan.
''Berita baik sekarang adalah negara seperti Amerika Syarikat mula memasuki musim panas iaitu musim yang kurang sesuai untuk penyebaran virus, keadaan ini memberi masa kepada saintis untuk menghasilkan vaksin," katanya.
Thuang Seng dalam pada itu mengkritik beberapa pihak yang memandang rendah usaha Kementerian Kesihatan untuk mencegah penularan H1N1.
''Ada orang menganggap usaha yang dilakukan kerajaan sebagai tidak perlu, mereka sebenarnya tidak faham tentang sifat virus.
''Tindakan Kementerian Kesihatan yang bertujuan melindungi keselamatan rakyat perlu disokong," katanya.
http://www.utusan.com.my
PPSMI survival dan tindakan jahat memuas nafsu pemimpin Umno/BN Wan Nordin Wan Yaacob
3:08 PMSun | Jun 07, 09 | 11:02:57 am MYT
SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) - PAS Kawasan Rembau dalam usulnya mendesak kerajaan segera memansuhkan Pengarajan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Usul PPSMI yang dibawa PAS Rembau ke Muktamar PAS ke-55 menyebut, Umno/BN telah menggadai dan mempertaruhkan nasib anak-anak bangsa sejak tahun 2003 demi memuaskan kehendak dan nafsu jahat pemimpin-pemimpin Umno.
Demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani yang membacakan usul tersebut dihadapan perwakilan Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati dekat ini hari ini.
Taufek berkata, usul yang dibawa PAS Rembau bertepatan dengan roh Ucapan Dasar Presiden PAS yang turut menyentuh persoalan PPSMI maka amat tepatlah usul pendidikan ini dibentangkan.
Sebagai mukadimahnya kata beliau keputusan dasar kerajaan Malaysia berhubung PPSMI hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002.
Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi, katanya.
PAS Kawasan Rembau ingin menegaskan bahawa PPSMI menjadi bukti kelangsungan kebiadapan kerajaan BN melakukan pencabulan terhadap hak dan masa depan rakyat Malaysia, katanya
"Kita masih ingat zaman Pak Lah, Islam Hadhari menyebabkan aqidah rakyat tercalar, kerajaan Umno dan BN tanpa rasa malu terus memperkosa hak demokrasi rakyat dan kehakiman negara dalam isu rampasan kerajaan Perak," katanya.
Kini dalam isu PPSMI, Umno terus menggadai masa depan dan nasib generasi murid sekolah rendah sejak tahun 2003 sehingga kini.
Jika setahun 500,000 orang murid mendaftar darjah satu bermakna sehingga 2009, 3.5 juta pelajar sekolah rendah (tidak termasuk pelajar sekolah menengah) telah digadai dan dipertaruhkan nasib mereka demi memuaskan kehendak dan nafsu jahat pemimpin-pemimpin Umno, katanya.
Mendapat pendidikan dalam bahasa kebangsaan adalah merupakan hak rakyat yang termaktub dalam dasar pendidikan Kebangsaan yang pernah diperjuangkan oleh Allahyarham bapa kepada PM sekarang iaitu Tun Abd Razak.
Tetapi kini ianya dikhianati oleh anak beliau, Dato' Seri Najib Tun Razak dan anak saudara beliau, Dato� Seri Hishammudin Tun Hussien, ujarnya.
Penyata Razak 1956 yang disusuli oleh Penyata Rahman Talib 1960 telah dijadikan asas bagi Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan kaum serta bahasa pengantar utama dan bahasa ilmu, katanya.
Akta Pendidikan 1996 memperakui bahawa kemajuan Negara perlu dicapai melalui Sistem Pendidikan Kebangsaan yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai pengantar utama serta menggunakan satu bentuk kurikulum dan system peperiksaan yang sama, ujarnya.
Semua hak rakyat melalui dasar dan akta pendidikan ini telah dicabuli oleh Umno dan Barisan Nasional tanpa rasa malu dan rasa bersalah, katanya.
Berdasarkan Baget 2003, kerajaan menyediakan peruntukan hampir RM5 bilion dalam tempoh tujuh tahun (2002-2008).
Taufek juga menyebut beberapa kajian yang dibuat oleh pakar-pakar bahasa yang akhirnya menjurus kepada keputusan menolak pelaksanaan PPSMI.
Jelasnya, keputusan kajian menunjukkan 73.7 peratus pelajar Tahun 5 (generasi yang telah terlibat dengan PPSMI sejak darjah 1) dari semua kaum menyatakan sukar mempelajari bahasa Inggeris dan di kalangan pelajar Tahun 5 dari kaum Melayu, 81.4 peratus menyatakan sukar mempelajari bahasa Inggeris.
Sementara di kalangan guru hanya 10 peratus yang mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sepenuhnya, katanya.
Menteri Pelajaran yang baru, Tan Sri Muhyidin Yassin maklum perlukan enam bulan lagi untuk buat kajian sebelum buat keputusan terus atau mansuhkan PPSMI, katanya.
"Kajian oleh Menteri Pelajaran yang lama Dato Seri Hishammudin layak dibakul sampahkan, maka mantan menteri Pelajaran dan Naib Presiden Umno tersebut terbukti tidak layak dan tidak mencapai KPI untuk terus menjadi menteri kabinet. Siapa kata? Kenyataan Timb PM menjadi bukti," ujarnya.
Justeru, PAS Kawansan Rembau mendesak agar PPSMI segera dimansukan, kata Taufek mengakhiri usul tersebut. - mns _
http://www.harakahdaily.net
Nizar sokong usul Rembau mansuhkan PPSMI
3:06 PMSun | Jun 07, 09 | 11:51:48 am MYT
SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) - Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin menyokong penuh usul memansuhkan PPSMI yang dibawa PAS Kawasan Rembau sempena Muktamar PAS ke-55 hari ini.
"Saya selaku wakil PAS Kawasan Kampar bersetuju sangat dengan usul ini. Pada tahun 2004 saya bersama-sama dengan peguam Hanipa Maiden, dan sebagainya telah membawa isu PPSMI ini ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
"Pada masa itu anak saya yang darjah empat, anak Muhaimin Sulam dan anak Mejar Yahya yang juga pimpinan Kuala Kangsar bersama-sama memulakan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 2004," katanya.
Saman itu dibuat atas keputusan kerajaan sebaik meluluskan PPSMI, mereka mengeluarkan pekelilin bagi 11/2004 kepada Pengetua Sekolah Kebangsaan dan SK Jenis Kebangsaan Tamil memaksa pengajaran Sains dan Matematik dijalankan dalam bahasa Inggeris, katanya.
Namun dalam satu lagi sekular 12/2004 yang dihantar kepada SK Jenis Kebangsaan Cina pula, memutuskan mereka boleh mengajar PPSMI dalam bahasa Inggeris atau bahasa Mandarin, kata Nizar.
Pelaksaan ini jelas 'double standard' dan Umno/BN telah melanggar beberapa peratutan antaranya perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Akta Pendidikan, Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, dan mereka melanggar Akta Bahasa Kebangsaan, kata Nizar.
Justeru pada tahun 2004, beliau dan beberapa pimpinan PAS Perak mengambil tindakan mahkamah ke atas kerajaan Malaysia, Menteri Pelajaran ketika itu Musa Mohamad dan Ketua Pengarah Pendidikan.
Ujar beliau pada 25 Jun ini kes saman tersebut yang tertunggak sejak 2008 akan disebut di mahkamah yang sama.
Justeru beliau menyokong usul tersebut yang akan jika berjaya dimansuhkan PPSMI ia memberikan ransangan pendidikan kepada anak-anak masa akan datang.
Sementara perwakilan PAS Kawasan Cheras, Ustza Muhamad Ali Jamil turut menyokong penuh usul PPSMI yang perlu serta merta dimansuhkan.
Beliau sendiri menyatakan keputusan kerajaan Umno itu adalah satu keputusan yang 'bengong' dan 'pelik'.
Justeru PPSMI perlu dimansukan segera, ujarnya._
http://www.harakahdaily.net
Bersabar untuk lihat perubahan kerajaan Kedah - Ustaz Azizan Razak
3:02 PMSun | Jun 07, 09 | 1:46:39 pm MYT
SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak memberi penjelasan terhadap beberapa perkara yang ditimbulkan perwakilan khususnya dari Pahang dan Perlis berhubung Kerajaan Negeri Kedah dibawah Pakatan Rakyat.
Akuinya, terdapat banyak perkara yang dilakukan belum dapat memuaskan hati rakyat sepertimana pemerintahan di Kelantan.
Hujahnya, Pakatan Rakyat baru 15 bulan mentadbir negeri Kedah sedangkan PAS telah 19 tahun mentadbir Kelantan. Oleh itu, beliau meminta agar semua pihak bersabar untuk melihat perubahan yang sedang dibuat.
Janjinya, Kedah berusaha untuk melaksanakan pendekatan yang memudahkan rakyat. Beliau seterusnya memetik kisah kisah pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz yang dipersoalkan anaknya kerana tidak melaksanakan kritikan yang pernah dilontarkan kepada pemerintahan Muawwiyah sebelumnya.
"Kita mengaku, setelah 50 tahun Umno memerintah Kedah, banyak perkara yang kita susah nak ubah," terang beliau pada sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-55 di Stadium Malawati, hari ini.
Jelasnya, Kerajaan Negeri Kedah telah melaksanakan serba sedikit penguatkuasaan syariat tetapi tidak dipublisitikan. Beliau turut menyindir pihak media yang tidak memberi publisiti terhadap usaha tersebut.
"Ahli Makkah lebih mengetahui mengenai Makkah, jadi macam itulah orang di Kedah lebih tahu mengenai Kedah," ujarnya mengaitkan kata-kata sahabat itu dengan situasi di Kedah.
Mengakhiri penjelasan, Ustaz Azizan menyindir Umno yang ketandusan kepimpinan kerana meletakkan Dato' Seri Shafie Apdal dari Sabah sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Kedah./wann_
http://www.harakahdaily.net
USUL TERGEMPAR: Tubuhkan Suruhanjaya Bebas DiRaja siasat pengambilan secara haram kerajaan Perak
2:56 PMSun | Jun 07, 09 | 12:01:12 pm MYT
SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) - Satu usul tergempar mendesak penubuhan Suruhanjaya Bebas Diraja siasat pengambilan secara haram kerajaan Pakatan Rakyat Perak diterima sebulat suara.
Usul yang dibawa oleh PAS Kawasan Tambun, Perak itu diterima untuk dibahaskan setelah menyedari tindakan Umno/BN merampas kerajaan Pakatan Rakyat Perak merupakan perbuatan yang biadap dan tidak menghormati suara rakyat.
Perwakilan Perak, Dr Khairuddin Abdul Malik yang juga bendahari PAS Perak ketika membawakan usul tersebut menegaskan perlunya penubuhan suruhajaya tersebut bagi menyiasat perbuatan Umno/BN yang merasuah wakil rakyat bagi membolehkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.
"Kami mencadangkan usul tergempar ini kerana tidak mahu lagi peristiwa yang berlaku di Perak berulang dinegeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain.
"Kerana itu kami mendesak supaya Suruhanjaya Bebas DiRaja perlu segera ditubuhkan bagi menyiasat perbuatan rampasan kuasa itu," tegas Dr Khairuddin.
Kerajaan tegas beliau perlu segera menubuhkan suruhanjya ini bagi membolehkan segala perbuatan tidak bermoral yang dilakukan untuk merampas kerajaan Pakatan Rakyat Perak dapat didedahkan kepada umum.
Usul yang dibawakan itu disokong sepenuhnya oleh PAS Kawasan Shah Alam dan juga Dewan Pemuda PAS Pusat melalui perwakilan mereka yang membahaskan usul tersebut.
Perwakilan Shah Alam, Khalid Samad yang membahaskan usul tersebut menegaskan, penubuhan suruhanjaya tersebut perlu disokong tanda penolakan terhadap Umno/BN.
Beliau juga menyeru semua perwakilan supaya tidak mudah terpedaya dengan agenda yang dimainkan Umno/BN yang cuba memerangkap dengan tawaran-tawaran yang amat menarik.
Selain Khalid, perwakilan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Dzulkifli Ahmad juga menyokong penuh usul tergempar yang dibawa oleh PAS Kawasan Tambun dan menolak sebarang kerjasama dengan Umno. - mns_
http://www.harakahdaily.net
Permohonan maaf Norzula bersihkan nama Husam dan kerajaan Kelantan - Peguam
3:34 PMKUALA LUMPUR, 2 Jun (Hrkh) - Permohonan maaf yang dibuat Adun Paloh, Norzula Mat Diah kepada Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Paduka Husam Musa berhubung beberapa laporan tidak benar pada tahun 2007 disifatkan telah membersihkan nama Husam dan kerajaan negeri Kelantan.
Menurut satu kenyataan peguam Husam, Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek Norzula telah membuat permohonan maaf secara terbuka hari ini (Selasa 2 Jun 2009) dalam akhbar Berita Harian di muka C12.
Dalam laporan itu kata Ahmad Shabrimi, suatu notis permohonan maaf telah dikeluarkan Nozula Mat Diah kepada anakguamnya (Husam) dengan menyatakan permohonan maaf tanpa sebarang syarat.
Notis tersebut berbunyi:
"Saya, YB Dato Nozula Mat Diah dengan ini dan dengan sepenuh hati memohon maaf tanpa sebarang syarat kepada YB Dato' Husam Musa kerana telah membuat laporan tidak benar dan tidak berasas terhadap beliau kepada BPR pada 2007. Saya dengan ini menarik balik segala tuduhan tersebut dan seterusnya menyatakan rasa kesal yang mendalam kerana pertuduhan tersebut telah menyebabkan tekanan kepada beliau dan keluarga beliau serta memburukkan keperibadian beliau."
Menurut Ahmad Shabrimi, pada akhir November 2007, dua orang Adun Barisan Nasional, Dato' Nozula Mat Diah dan Adun Bukit Bunga Muhd Adhan Kechik telah membuat laporan kepada pihak BPR (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) membuat tuduhan yang tidak benar dan tidak berasas terhadap Husam.
Antara laporan tersebut adalah:
Laporan mengenai buku dan salah guna kuasa oleh ahli Exco kerajaan negeri Kelantan, Hussam Musa.
Laporan mengenai penyelewengan Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn. Bhd.
Isu kegagalan pengurusan Air Kelantan Sdn. Bhd.
Isu Kedai Majlis Daerah Machang.
Isu Jamnapari membabitkan dana KPK.
Penyelewengan kawasan balak untuk ladang getah serta penyelewengan PAS mengutip dana.
Penyelewengan pembelian lot tanah mukim Gual Periuk, Pasir Mas oleh Syarikat Galeri Tanah.
Laporan ke atas Perbadanan Menteri Besar Kelantan Berhad dan Pengarah Urusan Kompleks Perkayuan Kelantan.
Isu Perbadanan Baru Tanjung cuba menjual rezab Melayu kepada Syarikat Kind Network Sdn. Bhd.
Ujar Shabrimi, pernyataan fitnah tersebut yang diucapkan dan diedarkan pada sidang akhbar tersebut telah mendapat liputan meluas di akhbar-akhbar utama tempatan dan telah disiarkan di televisyen.
Ia juga telah dimuatturun daripada laman sesawang yang pada masa yang relevan mempunyai jutaan pengguna, kesemuanya mempunyai akses percuma dan terbuka kepada fitnah-fitnah yang diadukan, katanya.
"Tindakan kedua Adun ini juga telah meletakkan anakguam kami dalam satu kancah pertikaian umum dan mengheret beliau dalam suatu skandal, fitnah konspirasi, jenayah, kebencian dan buruk sangka umum (odium), kehinaan (contempt) awam dan tekanan serta kemudaratan mental yang amat sangat akibat kegelisahan, kerisauan dan ketakutan akan ditangkap oleh pihak berkuasa, seterusnya beroleh keaiban umum," katanya.
Sehubungan itu, Husam telah mengarahkan pihak peguam yang diwakili Tetuan Saiful Kasri & Associates mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua Adun berkenaan dan New Straits Times (M) Berhad, katanya.
"Akhirnya pihak Adun berkenaan telah bersetuju untuk memohon maaf secara terbuka kepada anakguam kami serta menarik balik segala tuduhan yang dilemparkan," katanya.
Dengan notis permohonan maaf tersebut, maka terbukti bahawa segala tuduhan liar yang dibuat terhadap Husam adalah fitnah semata-mata, tidak benar dan tidak berasas, kata Ahmad Shabrimi.
"Ini juga bermakna kerajaan negeri juga bersih dari segala salahlaku yang didakwa. Pihak kami akan membuat tindakan seterusnya bagi membersihkan nama baik anakguam kami. Kami juga dalam proses rundingan penyelesaian dengan para defendan lain," katanya./wann _
http://www.harakahdaily.net